Postingan

Menampilkan postingan dari Juni, 2017

Biskut Kacang Peas / Green Peas Cookies

Gambar
Biskut Kacang Peas / Green Peas Cookies Bahan-bahan 300gm tepung gandum 1 sudu kecil baking powder 1 1/2 sudu kecil soda bicarbonate 1/2 sudu kecil garam halus 125gm gula kaster 150gm serbuk kacang peas, sangai sebentar 200ml minyak sayur 20 ml mentega cair Hiasan 1 kuning telur untuk sapuan Kacang peas / Kuaci labu Cara-cara : Satukan semua bahan kecuali minyak dan mentega, gaul rata. Masukkan minyak, mentega sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut. Bahagikan doh 10gm setiap satu dan bulatkan. Susun di atas loyang yang di gris, sapu kuning telur dan letak kacang peas di atasnya. Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 20-25 minit. Biskut Kacang Peas / Green Peas Cookies

Biskut Prunes Sunsweet

Gambar
Biskut Prunes Sunsweet Bahan-bahan 125 gm mentega 60 gm gula kaster 1 kuning telur 200 gm tepung gandum 20 gm tepung kastard 20 gm susu tepung Jem Prunes 200 gm Prunes, cincang 1 sudu besar gula pasir 1 sudu besar mentega Masukkan semua bahan jem ke dalam periuk dan masak dengan api kecil hingga kental dan berkilat. Sejukkan dahulu dan gentel bujur. Hiasan :  Kuning Telur, Bijan Putih Penyediaan  Satukan mentega dan gula kacau dengan senduk kayu hingga berkrim.  Masukkan kuning telur, kacau hingga sebati. Masukkan semua tepung dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Ambil sedikit doh (10gm), masukkan inti prune di tengahnya dan gentel bentuk bujur. Sapu dengan kuning telur dan tabur dengan bijan. Bakar dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 20-25 minit. Biskut Kastard Prunes

Biskut Pizza

Gambar
Biskut Pizza +Kakwan Citarasawan   : ResipiCitarasawan Bahan-bahan 125 gm mentega tawar 10 gm shortening 30 gm gula aising 1/8 sudu teh garam 60 gm parutan keju cheddar 220 gm tepung gandum 20 gm susu tepung 1/8 sudu teh serbuk pizza atau serbuk bawang putih Hiasan Ceri Merah dan Hijau, Potong Daun Parsley Kering Kepingan Keju Cheddar, potong kecil Kuning telur untuk sapuan Penyediaan : Pukul mentega, shortening dan gula dengan senduk kayu hingga berkrim. Masukkan parutan keju, garam, tepung dan serbuk pizza.  Sebatikan menjadi doh. Rehatkan doh selama 15 minit. Canai dan terap dengan penerap 3 segi. Susun di atas dulang pembakar yang di alas kertas baking. Sapu kuning telur dan hias dengan ceri dan kepingan keju.  Tabur parsley kering di atasnya. Bakar suhu 150C selama 10 minit di rak bawah dan alihkan ke rak atas dan bakar selama 8 - 10 minit lagi. Jangan sampai permukaan keju hangus. Biskut Pizza

Soya Teh Hijau Yeo's

Gambar
Berkat Dirasa Bersama – Yeo’s Ramadan Ramadan adalah bulan yang dipenuhi rahmat dan berkat dariNya. Berkat boleh didapati atau ditafsirkan maknanya dalam pelbagai perbuatan dan pemahaman. Berkat juga boleh didapati di dalam setiap hubungan yang baik seperti keluarga, rakan-rakan, atau dalam setiap rasa syukur yang dipanjatkan di atas rezeki makan dan minum, juga sebagai tangan yang menghulurkan kepada mereka yang memerlukan. Berkat, dari sebesar-besar makna atau sekecil-kecil perbuatan adalah lahir dari rasa syukur kepada yang Esa. Alhamdullilah..  di harap semua rakan-rakan menjalani ibadah puasa dengan sempurna.. Makanan dan minuman yang berkhasiat membantu menyihatkan badan sewaktu berpuasa.  Minuman Soya Teh Hijau Yeo's sangat berkhasiat gabungan susu soya dan teh hijau.  Susu soya kaya dengan protein yang membantu proses tumbesaran yang sihat.  Selain dari itu soya memberi tenaga setelah kehilangan sewaktu berpuasa.  Ia kaya dengan khasiat dan nutrien yang di perlukan oleh bad

Biskut Coklat Butang

Gambar
Biskut Coklat Butang Resipi : K1@Resipicitarasawan Bahan-bahan 150 gm mentega 20 gm gula aising 1 biji telur 1/2 sudu teh esen vanila 250 gm tepung gandum 20 gm susu tepung Coklat Butang (Milk Chocolate) secukupnya Penyediaan : Kacau mentega dan gula hingga berkrim, masukkan telur, esen vanila dan sebatikan. Masukkan tepung dan susu tepung, gaul hingga sebati. Rehatkan doh selama 15 minit. Canai dan terap bentuk bulat, sapu kuning telur dan tekan coklat butang di tengahnya. Susun di atas dulang pembakar yang di gris, hias mengikut suka. Bakar pada suhu 150C selama 15 - 20 minit. Biskut Coklat Butang

Biskut Coklat Oren

Gambar
Biskut Coklat Oren Bahan-bahan 250 gm mentega 200 gm gula aising 2 biji kuning telur 300 gm tepung gandum 50 gm tepung kastard 50 gm tepung ubikayu 30 gm serbuk koko 20 gm serbuk badam, sangai 2 sudu kecil oren emulco / sunkist emolco Hiasan :  Orange Sanding Sugar Penyediaan : Ayak tepung gandum, tepung ubikayu, tepung kastard dan serbuk koko.  Masukkan serbuk badam. Gaul rata. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur, oren emulco.  Putar hingga sebati. Masukkan tepung yang di ayak sediki demi sedikit dan uli menjadi doh yang lembut. Rehatkan adunan selama 20 minit. Canai dan terap, susun di atas dulang pembakar yang di gris mentega. Tabur sanding sugar dan bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit. Simpan di dalam bekas kedap udara. Biskut Coklat Oren

Biskut Gajus

Gambar
Biskut Gajus kredit :   Dapur Tanpa Sempadan Bahan-bahan 250 gram mentega 120 gram gula aising, diayak 2 kuning telur gred A 1 camca teh esen vanilla 450 gram tepung gandum 60 gram gajus, disangai sekejap hingga wangi dan kisar halus 2 camca teh emplex (penggaring biskut) Kuning telur, untuk sapuan Gajus, untuk hiasan Cara-cara : Ayak tepung dan emplex.  Ketepikan. Putar mentega dan gula hingga berkrim, masukkan kuning telur, esen vanila dan putar hingga sebati. Masukkan tepung, serbuk gajus dan uli menjadi doh yang lembut dan boleh di canai. Canai dan terap mengikut acuan kesukaan.  Susun di atas dulang pembakar yang digris marjerin. Sapu kuning telur, lekatkan gajus sebagai hiasan.  Sapu kuning telur pada gajus. Panaskan oven selama 10 minit dan bakar pada suhu 170c selama 25 minit. Pusingkan kedudukan dulang supaya biskut masak sekata. Simpan dalam bekas kedap udara. Biskut Gajus

Biskut Ferrero Rocher

Gambar
Biskut Ferrero Rocher Bahan-bahan 250 gm mentega 80 gm gula icing 20 gm cornflakes kisar 350 gm tepung gandum 100 gm serbuk badam, sangai 40 gm tepung jagung 1/4 sudu teh emplex (peragup biskut) 1/2 sudu teh esen vanilla Kacang Hazelnut - di panggang sebentar (jika suka) Salutan Almond nibs secukupnya 3 biji putih telur Celupan 300 gm Coklat masakan 40 gm coco butter Cara-cara Putar mentega dan gula, hingga sebati.  Masukkan esen vanilla. Kemudian masukkan tepung gandum, emplex, serbuk badam, tepung jagung dan cornflakes kisar. Uli sebati. Panaskan oven suhu 150c. Bulatkan adunan sebesar guli (10gm), masukkan kacang hazel di tengahnya dan bulatkan kembali. Atur di dalam dulang pembakar yang di lengser dgn marjerin. Bakar pada suhu 150c selama 20 - 25 minit. Sejukkan biskut sebentar, kemudian celup biskut yang dibakar ke dalam telur putih.kemudian golekkan dengan almond nibs. Bakar semula lebih kurang 5 minit.  Cairkan coklat masakan dan coco butter secara double boil. Menggunakan penye

Biskut Ibu Jari / Thumbprint Cookies

Gambar
Biskut Ibu Jari / Thumbprint Cookies Bahan-bahan 250 gm mentega - dilembutkan 100 gm gula kaster 1/2 sudu kecil esen badam 260 gm tepung gandum 40 gm cornflakes kisar 1/2 cawan jem strawberry Cara membuatnya: Panaskan ketuhar pada suhu 160 C. Pukul mentega dan gula hingga sebati, masukkan esen badam diikuti tepung dan cornflakes. Gaul rata sehingga menjadi doh yang lembut.  Simpan selama 15 minit di dalam peti sejuk. Ambil sedikit doh dan gentel bulat (8 gm). Kemudian tekan sedikit dibahagian tengah dengan ibu jari atau belakang sudu metrik. Paip jem ditengahnya. Bakar lebih kurang 20 minit atau sehingga sedikit keperangan. Sejukkan seketika sebelum di hias dengan gula aising. Gula Aising - Drizzle 125 gm gula aising 1/4 sudu kecil esen badam 2 sudu kecil susu segar Satukan gula aising, esen badam dan susu di dalam satu mangkuk.  Gaul sebati, jika pekat tambah sedikit susu lagi.  Masukkan ke dalam piping bag dan drizzle di atas biskut Biskut Ibu Jari / Thumbprint Cookies

Tart Nenas Gulung Mudah

Gambar
Tart Nenas Gulung Bahan-bahan 250 gm mentega 50 gm gula aising 2 sudu besar minyak sapi QBB 350 gm tepung gandum Jem nenas siap guna, gentel Telur untuk sapuan Penyediaan : Pukul mentega, minyak sapi dan gula asing dengan senduk kayu hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Rehatkan adunan selama 15 minit. Masukkan ke dalam acuan tart dan picit memanjang. Letak jem di hujung dan gulung rapi. Sapu dengan kuning telur. Bakar pada suhu 150C selama 15 - 20 minit atau hingga masak. Tart Nenas Gulung