Postingan

Menampilkan postingan dengan label Kek

Brownies Kukus Coklat Keju Blueberry / Steamed Chocolate Blueberry Cheese Brownies

Gambar
Brownies Kukus Coklat Keju Blueberry / Steamed Chocolate Blueberry Cheese Brownies Adunan Krim Keju 250 gm cream cheese 60 gm gula halus 1 biji telur Grade A 2 sudu besar susu cair 1/2 sudu besar jus lemon Penyediaan : Putar cream cheese dan gula hingga lembut dan licin. Masukkan telur diikuti susu cair dan jus lemon.  Putar hingga sebati. Ketepikan 3 sudu besar dan beri pewarna ungu untuk membuat corak. Adunan Brownies 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk koko 1 sudu kecil baking soda 1/2 sudu kecil baking powder 2 biji telur A 1 sudu kecil esen vanila 1/2 sudu kecil garam 1 cawan gula halus 1/2 cawan air panas 1/2 cawan susu cair 1/2 cawan minyak jagung 1 packet buah blueberry segar Loyang 8 x 8 di alas dan di gris Penyediaan : Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan baking soda.  Ayak dan ketepikan. Dalam bekas berasingan, pukul telur dan dam gula sehingga kembang dan putih. Masukkan esen vanilla dan garam di ikuti air panas, susu dan minyak. Kemudian mas...

Italian Tiramisu

Gambar
Italian Tiramisu Bahan-baha n Biskut sponge fingers secukupnya Filling 2 kuning telur 60 gm gula kaster 1 sudu besar susu segar 1 sudu besar gelatine + 50ml air panas 250 gm mascorpone atau Phil cream cheese 125 ml UHT whipping cream - pukul hingga pekat Sirap Kopi 2 sudu besar serbuk kopi atau espresso 4 sudu besar gula kaster 100 ml air panas 1 tsp serbuk koko (optional) (Campurkan semua, kacau hingga gula larut) Hiasan : serbuk koko Cara-cara: Masak secara double boiler kuning telur dan gula.  Kemudian masukkan susu segar, kacau sehingga telur berubah warna.   Ketepikan. Larutkan gelatin dengan air panas, masukkan ke dalam kuning telur. Gaul sebati. Kacau mascorpone cheese dengan sudip kayu (jika menggunakan Phil cream cheese, pukul dengan whisk kerana teksturnya lebih padu) hingga lembut dan tidak berketul. Masukkan adunan kuning telur, kacau rata.  Kemudian kaup balikkan dengan whipping cream, perlahan-lahan hingga sebati.  Masukkan ke dalam piping bag dan simpa...

Kek Krim Laici / Lychee Cream Cake

Gambar
Kek Krim Laici / Lychee Cream Cake Bahan-bahan 250 gm sponge mix 4 biji telur B 60 gm air 75 gm minyak Loyang 8in di alas kertas minyak Cara-cara: Satukan sponge mix, telur dan air di dalam mixer.  Putar perlahan hingga bergaul rata. Tukar kepada kelajuan tinggi dan putar sehingga kembang.  Perlahankan mixer, masukkan minyak dan putar hingga bergaul rata. Tuang di dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25-30 minit. Sejukkan di atas redai dan potong kepada 3 lapisan.  Ketepikan. Sirap Laici 1 tin Laici, asingkan sirap dan buah 2 sudu kecil tepung jagung + 1 sudu kecil air, larutkan 1 sudu besar gula Masak 1/2 tin sirap laici bersama gula dan larutan tepung jagung hingga mendidih.  Angkat dan sejukkan dahulu. Laici Whipping Cream 400 gm non dairy whipping cream 1 sudu besar sirap laici 1 sudu besar instant custard (boleh beli di kedai bakery) jika suka satukan semua bahan dan putar dengan kelajuan tinggi hingga kembang.  Ketepikan. Penyediaan Kek Sapu satu...