Laksa Lemak Siam / Thai Laksa
Laksa Lemak Siam / Thai Laksa Bahan-bahan 1 kg laksa halus atau 1 paket laksa kering (rebus dan toskan) 5 ekor ikan sardin / kembung /selar (rebus, asingkan isi dan kisar halus) 5 cawan santan cair 3 cawan santan pekat 5 helai daun limau purut (carik-carik) 2 keping asam gelugor Garam dan gula secukupnya Sedikit minyak untuk menumis Bahan Kisar 4 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 10 tangkai cili kering, buang biji, rendam dulu 5 tangkai cili padi, buang biji 1 sudu teh lada hitam 1 inci kunyit hidup 1 inci lengkuas 1 inci halia 2 batang serai, ambil bahagian putihnya 3 biji buah keras Bahan Ulam - Hiris Kacang panjang Timun Kobis / Daun Salad Daun Selasih Limau Kasturi Bunga Kantan Telur Rebus jika suka Cara-cara: Rebus ikan dengan sedikit air dan asam gelugor. Asingkan isinya. Simpan air rebusan dan asam gelugor. Kemudian kisar isi ikan dengan air rebusan dan 1/2 dari santan cair hingga halus. Ketepikan Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga naik ...