Postingan

Menampilkan postingan dengan label Cakes

Strawberry Cheesecake

Gambar
Strawberry Cheesecake Dasar Biskut 150gm biskut digestive / Oreo - dihancurkan 70gm mentega cair Gaul serbuk biskut dan mentega cair hingga rata, kemudian ratakan dan tekan padat ke dasar loyang. Simpan selama 20 minit di dalam peti sejuk. Puri Strawberry  200gm strawberry - potong 50gm gula pasir Sedikit air Satukan semua ke dalam periuk dan masak hingga strawberry lembut.  Biarkan sejuk, kisar tetapi tidak terlalu halus. Adunan Keju 250gm cream cheese - suhu bilik 60gm gula kaster 150ml UHT whipping cream 1 1/2 sudu besar gelatin halal 50ml air Loyang 7" Loose Base Tin Cara-cara :  Pukul whipping cream hingga pekat.  Ketepikan.  Masukkan air ke dalam mangkuk, tabur gelatin dan biar sehingga gelatin kembang.  Cairkan di dalam microwave beberapa saat atau secara double boil.  Ketepikan. Pukul cream cheese dan gula hingga rata dan tidak berketul.  Masukkan puri strawberry, putar hingga bergaul rata. Masukkan gelatin cair dan akhir sekali masukkan w...

Kek Puding Caramel Chocolate Cheese

Gambar
Kek Puding Caramel Chocolate Cheese Karamel 5 sudu besar gula pasir, jadikan karamel, tuang ke dalam loyang, ketepikan. Bahan Kek Chocolate 250gm chocolate sponge mix 4 biji telur A 60ml air 60ml minyak sayur 1 sudu besar coklat emulco Loyang :  Bundt Pan 10in, oles sedikit minyak Penyediaan : Satukan sponge mix, telur dan air, whisk hingga rata.  Putar dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu, perlahankan mixer, masukkan coklat emulco.  Putar hingga bergaul rata. Akhir sekali masukkan minyak sayur dan putar sebati. Tuang dan ratakan ke dalam loyang berisi karamel.  Ketepikan. Nota :  Kek boleh menggunakan sebarang resipi dari kek sponge. Bahan Puding Cheese 250gm cream cheese, lembutkan dahulu 1 tin susu pekat manis 1 tin susu sejat 5 biji telur A 1 sudu teh esen vanila Penyediaan : Dalam mangkuk, putar cream cheese hingga licin.  Masukkan susu pekat manis, putar sebati. Masukkan telur satu demi satu dan putar hingga rata. Masukkan esen vanila dan a...

Chocolate Strawberry Cheese Cake

Gambar
Chocolate Strawberry Cheese Cake Bahan Kek 250gm chocolate sponge mix 185gm telur (tanpa kulit) 50ml air 75gm mentega cair / minyak sayur 1 sudu teh esen vanila 2 sudu teh chocolate emulco Satukan semua bahan kek kecuali mentega cair.  Putar dengan kelajuan tinggi selama 5-6 minit hingga kembang.  Masukkan mentega cair dan putar perlahan dan sebati.  Tuang ke dalam loyang 8x8x3 in yang di alas kertas minyak.  Bakar selama 30-35 minit pada suhu 180C.  Sejukkan di atas redai dan potong kepada 2 lapisan setebal 3cm dan bersaiz 6x6in Adunan Keju 250gm cream cheese - suhu bilik 60gm gula kaster 1 sudu besar lemon jus 140ml yogurt (1 pack kecil) 150ml UHT whipping cream 1 1/2 sudu besar gelatin halal (cap kijang, bunga raya, nona) 50ml air 15 biji strawberry segar - potong dadu Hiasan :  Chocolate Ganache, serpihan coklat dan Strawberry Loyang 6" Loose Base Tin Cara-cara : Letak sekeping kek di dasar loyang.  Ketepikan. Putar whipping cream hingga pekat. ...

Brownies Kukus Coklat Keju Blueberry / Steamed Chocolate Blueberry Cheese Brownies

Gambar
Brownies Kukus Coklat Keju Blueberry / Steamed Chocolate Blueberry Cheese Brownies Adunan Krim Keju 250 gm cream cheese 60 gm gula halus 1 biji telur Grade A 2 sudu besar susu cair 1/2 sudu besar jus lemon Penyediaan : Putar cream cheese dan gula hingga lembut dan licin. Masukkan telur diikuti susu cair dan jus lemon.  Putar hingga sebati. Ketepikan 3 sudu besar dan beri pewarna ungu untuk membuat corak. Adunan Brownies 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk koko 1 sudu kecil baking soda 1/2 sudu kecil baking powder 2 biji telur A 1 sudu kecil esen vanila 1/2 sudu kecil garam 1 cawan gula halus 1/2 cawan air panas 1/2 cawan susu cair 1/2 cawan minyak jagung 1 packet buah blueberry segar Loyang 8 x 8 di alas dan di gris Penyediaan : Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan baking soda.  Ayak dan ketepikan. Dalam bekas berasingan, pukul telur dan dam gula sehingga kembang dan putih. Masukkan esen vanilla dan garam di ikuti air panas, susu dan minyak. Kemudian mas...

Italian Tiramisu

Gambar
Italian Tiramisu Bahan-baha n Biskut sponge fingers secukupnya Filling 2 kuning telur 60 gm gula kaster 1 sudu besar susu segar 1 sudu besar gelatine + 50ml air panas 250 gm mascorpone atau Phil cream cheese 125 ml UHT whipping cream - pukul hingga pekat Sirap Kopi 2 sudu besar serbuk kopi atau espresso 4 sudu besar gula kaster 100 ml air panas 1 tsp serbuk koko (optional) (Campurkan semua, kacau hingga gula larut) Hiasan : serbuk koko Cara-cara: Masak secara double boiler kuning telur dan gula.  Kemudian masukkan susu segar, kacau sehingga telur berubah warna.   Ketepikan. Larutkan gelatin dengan air panas, masukkan ke dalam kuning telur. Gaul sebati. Kacau mascorpone cheese dengan sudip kayu (jika menggunakan Phil cream cheese, pukul dengan whisk kerana teksturnya lebih padu) hingga lembut dan tidak berketul. Masukkan adunan kuning telur, kacau rata.  Kemudian kaup balikkan dengan whipping cream, perlahan-lahan hingga sebati.  Masukkan ke dalam piping bag dan simpa...

Kek Krim Laici / Lychee Cream Cake

Gambar
Kek Krim Laici / Lychee Cream Cake Bahan-bahan 250 gm sponge mix 4 biji telur B 60 gm air 75 gm minyak Loyang 8in di alas kertas minyak Cara-cara: Satukan sponge mix, telur dan air di dalam mixer.  Putar perlahan hingga bergaul rata. Tukar kepada kelajuan tinggi dan putar sehingga kembang.  Perlahankan mixer, masukkan minyak dan putar hingga bergaul rata. Tuang di dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25-30 minit. Sejukkan di atas redai dan potong kepada 3 lapisan.  Ketepikan. Sirap Laici 1 tin Laici, asingkan sirap dan buah 2 sudu kecil tepung jagung + 1 sudu kecil air, larutkan 1 sudu besar gula Masak 1/2 tin sirap laici bersama gula dan larutan tepung jagung hingga mendidih.  Angkat dan sejukkan dahulu. Laici Whipping Cream 400 gm non dairy whipping cream 1 sudu besar sirap laici 1 sudu besar instant custard (boleh beli di kedai bakery) jika suka satukan semua bahan dan putar dengan kelajuan tinggi hingga kembang.  Ketepikan. Penyediaan Kek Sapu satu...