Postingan

Menampilkan postingan dengan label Drinks

Soya Teh Hijau Yeo's

Gambar
Berkat Dirasa Bersama – Yeo’s Ramadan Ramadan adalah bulan yang dipenuhi rahmat dan berkat dariNya. Berkat boleh didapati atau ditafsirkan maknanya dalam pelbagai perbuatan dan pemahaman. Berkat juga boleh didapati di dalam setiap hubungan yang baik seperti keluarga, rakan-rakan, atau dalam setiap rasa syukur yang dipanjatkan di atas rezeki makan dan minum, juga sebagai tangan yang menghulurkan kepada mereka yang memerlukan. Berkat, dari sebesar-besar makna atau sekecil-kecil perbuatan adalah lahir dari rasa syukur kepada yang Esa. Alhamdullilah..  di harap semua rakan-rakan menjalani ibadah puasa dengan sempurna.. Makanan dan minuman yang berkhasiat membantu menyihatkan badan sewaktu berpuasa.  Minuman Soya Teh Hijau Yeo's sangat berkhasiat gabungan susu soya dan teh hijau.  Susu soya kaya dengan protein yang membantu proses tumbesaran yang sihat.  Selain dari itu soya memberi tenaga setelah kehilangan sewaktu berpuasa.  Ia kaya dengan khasiat dan nutrien yang ...

Jus Soya Kurma Yeo's

Gambar
Jus Soya Kurma Yeo's Sumber :   Teratak Mutiara Bahan-bahan 1 kotak (250ml) Soya Yeo's 3 biji kurma, buang biji 3 biji gajus / badam, rendam air panas Ketulan ais secukupnya Penyediaan : Tuang susu soya, gajus dan kurma ke dalam pengisar dan kisar halus. Tuang ke dalam gelas dan tambah ketulan ais. Sedia di minum. Jus Soya Kurma Yeo's

Bebola Pulut Yeo’s Teh Krisantimum

Gambar
Ramadan adalah bulan yang dipenuhi rahmat dan berkat dariNya.  Berkat boleh didapati atau ditafsirkan maknanya dalam pelbagai perbuatan dan pemahaman. Berkat juga boleh didapati di dalam setiap hubungan yang baik seperti keluarga, rakan-rakan, atau dalam setiap rasa syukur yang dipanjatkan di atas rezeki makan dan minum, juga sebagai tangan yang menghulurkan kepada mereka yang memerlukan.  Berkat, dari sebesar-besar makna atau sekecil-kecil perbuatan adalah lahir dari rasa syukur kepada yang Esa. Teh Krisantimum Yeo’s menjadi minuman yang menyegarkan di minum begitu saja samada sejuk atau panas.  Malah boleh di jadikan makanan yang menyihatkan untuk berbuka nanti.   Bebola Pulut Yeo’s Teh Krisantimum memberi kecergasan dan kesegaran dengan tambahan aroma halia, serai dan daun pandan.  Bebola pulut memberi penambah tenaga yang di perlukan setelah seharian berpuasa. Bebola Pulut Yeo’s Teh Krisantimum Bahan A 600 ml Yeo’s Teh Krisantimum 3 hiris halia 1 batang...

Jus Tembikai / Watermelon Juice

Gambar
Jus Tembikai Betik / Watermelon Juice Bahan-bahan 1/2 biji tembikai tanpa biji 1 cawan air mineral Gula - jika suka Sedikit perahan jus limau nipis Ais secukupnya Kisar tembikai, air dan gula hingga halus. Tuang di dalam jug, tambahkan ais secukupnya dan perahan jus limau nipis. Jus Tembikai / Watermelon Juice

Jus Betik Susu / Papaya Milk Juice

Gambar
Jus Betik Susu / Papaya Milk Juice Bahan-bahan 1 biji betik Jamaica atau 1/2 betik tempatan 1 cawan susu cair sejuk 1/2 cawan air mineral 2 sudu besar gula pasir / susu pekat manis - optional Ais secukupnya Penyediaan Kupas betik, buang biji dan potong kecil.  Masukkan ke dalam pengisar bersama air, susu cair dan gula. Kisar hingga halus dan tambahkan ketulan ais.  Sedia di minum. Jus Betik Susu / Papaya Milk Juice

Air Cendol

Gambar
Air Cendol 1 Bungkus cendol, toskan airnya Jagung cream - jika suka Sirap Gula Melaka 200gm gula melaka 2 sudu besar gula pasir 200 ml air 2 helai daun pandan Masak hingga mendidih, tapis dan biarkan sejuk. Santan 200ml santan segar / kotak + air 1 helai daun pandan sedikit garam Masak hingga naik wap jangan sampai mendidih.  Sejukkan dahulu. Penyediaan : Sediakan gelas atau mangkuk, tuang sedikit sirap gula melaka, tambah cendol di ikuti ketulan ais dan akhir sekali tuang santan.  Sedia di minum. Air Cendol

Teh C Peng / 3 Layer Tea

Gambar
Teh C Peng / 3 Layer Tea Bahan-bahan Sirap Gula Melaka Ketulan Ais Susu Sejat Secubit Garam Teh pekat Gelas Tinggi Penyediaan : Letak sirap gula melaka di dasar gelas Penuhkan gelas dengan ais Tuang susu sejat yang di campur sedikit garam Akhir sekali tuang teh pekat. Ikut turutan untuk mendapatkan 3 lapisan teh. Teh C Peng / 3 Layer Tea

Teh Laici O Ais / Lychee Tea

Gambar
Teh Laici O Ais / Lychee Tea Bahan 1 tin Laici 1 uncang teh 1 cawan air panas Ais secukupnya Masukkan uncang teh ke dalam air panas.  Biarkan sehingga sejuk. Masukkan satu tin laici ke dalam jug, tambah ketulan ais secukupnya. Akhir sekali tuang teh. Kacau dan sedia di minum. Teh Laici O Ais / Lychee Tea

Kiwi Lychee Punch Soda

Gambar
Kiwi Lychee Punch Soda Bahan 2 biji Kiwi - potong 1 tin Lychee - asingkan buahnya 1 botol Air Soda manis Ais secukupnya Cara : Masukkan ais ke dalam gelas atau jug, buah kiwi dan lychee. Tuang sirap lychee dan air soda, kacau dan sedia di minum. Kiwi Lychee Punch Soda

Aiscream Yogurt Fruity Tutty

Gambar
Aiscream Yogurt Fruity Tutty Sumber :  Azlina Ina Bahan-bahan 1 cawan non dairy whipping cream (sejuk) 2 cawan Yogurt plain (sejuk) 1 sudu besar ovalette 1/2 cawan susu cair 1/2 cawan susu pekat manis 1 sudu kecil jus lemon Filing Strawberry, kiwi, blueberry, manga Buahan-buahan segar Strawberry, kiwi, blueberry, manga Bekas atau gelas tinggi Cara-cara : Putar whipping cream, ovalatte, susu pekat dan susu cair dengan kelajuan tinggi hingga pekat. Masukkan yogurt dan jus lemon, putar hingga kembang dan gebu. Masukkan aiscream ke dalam gelas berselang seli dengan filing hingga hampir penuh. Sejukkan di dalam freezer (sejuk beku)  selama 4 jam atau lebih. Hias dengan hirisan buah-buahan segar. Aiscream Yogurt Fruity Tutty

Blueberry Yogurt Smoothie

Gambar
Blueberry Yogurt Smoothie Bahan-bahan 1 packet blueberry 2 scoop aiscream vanila 1 cawan susu cair 1 packet kecil plain yogurt 1 sudu besar jus lemon ketulan ais secukupnya Penyediaan : Satukan semua di dalam pengisar dan kisar hingga halus. Tuang di dalam gelas, sedia di hidangkan. Blueberry Yogurt Smoothie

Smoothie Pisang / Banana Smoothie

Gambar
Smoothie Pisang / Banana Smoothie Bahan-bahan 1 cawan susu sejuk 1 biji pisang berangan 1 sudu kecil gula perang - optional Ketulan ais secukupnya Penyediaan :   Masukkan ke dalam pengisar dan kisar hingga halus. Tuang ke dalam gelas, sedia di hidangkan.

Melon Soda Sangria

Gambar
Melon Soda Sangria Bahan-bahan Tembikai, cantaloupe, honeydew 1 liter air soda sejuk 3 sudu besar madu 3 sudu besar jus limau nipis 2 biji limau nipis - potong bulat Daun pudina secukupnya Kiub ais secukupnya Penyediaan : Scoop bulat-bulat kecil buah tembikai, cantaloupe dan honeydew. Atur buah ke dalam bekas yang di alas plastik, jarakkan supaya tidak melekat apabila beku. Bekukan sehingga keras. Dalam jug besar, masukkan air soda, jus limau nipis dan madu, kacau rata. Masukan ketulan beku buah tembikai, cantaloupe dan honeydew, daun pudina dan hirisan limau nipis. Tambah kiub ais secukupnya. Sedia di hidangkan. Melon Soda Sangria

Jus Alpukat / Avocado Juice

Gambar
Jus Alpukat / Avocado Juice Bahan-bahan 1 biji avocado masak ranum 1/2 cawan air mineral 2 cawan susu segar 3 sudu besar susu pekat Ais secukupnya Sirap Coklat Hershey's Menghasilkan 2 gelas minuman Penyediaan : Belah avocado, buang biji dan cedok keluar isinya.  Masukkan ke dalam pengisar dan kisar dengan sedikit air hingga hancur. Tuangkan ke dalam gelas, masukkan susu pekat, susu segar, kacau.  Tambah sirap coklat jika suka. Masukkan ais dan kacau sebelum diminum. Jus Alpukat / Avocado Juice

Jus Jambu Bandung / Pink Guava Juice

Gambar
Jus Jambu Bandung / Pink Guava Juice Bahan 3 biji jambu batu pink (pink guava) 3 sudu besar sirap gula 1 cawan air mineral 1 sudu besar jus limau nipis Ketulan ais secukupnya Jambu Bandung / Pink Guava Penyediaan :   Kisar jambu menggunakan slow juicer. Masukkan ke dalam jug bersama sirap gula, air mineral dan jus limau nipis. Tambah ais dan sedia di minum. Jika menggunakan pengisar biasa, kisar jambu bersama air dan tapis.  Tambah ais dan sirap gula secukupnya.  Sedia di minum. Jus Jambu Bandung / Pink Guava Juice