Postingan

Menampilkan postingan dengan label Masakan Nasi

Nasi lemak Kombo Yeo's

Gambar
Berkat Dirasa Bersama – Yeo’s Ramadan Ramadan adalah bulan yang dipenuhi rahmat dan berkat dariNya. Berkat boleh didapati atau ditafsirkan maknanya dalam pelbagai perbuatan dan pemahaman. Berkat juga boleh didapati di dalam setiap hubungan yang baik seperti keluarga, rakan-rakan, atau dalam setiap rasa syukur yang dipanjatkan di atas rezeki makan dan minum, juga sebagai tangan yang menghulurkan kepada mereka yang memerlukan. Berkat, dari sebesar-besar makna atau sekecil-kecil perbuatan adalah lahir dari rasa syukur kepada yang Esa. Salam Ramadan, harini Kak Wan ada menu menarik untuk berbuka, bagi ibu-ibu yang bekerja atau pelajar-pelajar yang berjauhan dari keluarga, menyediakan nasi lemak dengan sambal ikan bilis Yeo's adalah pilihan yang cepat, menjimatkan masa dan berkhasiat.  Bukan sambal ikan bilis saja, Yeo's mempunyai banyak pilihan makanan dalam tin seperti sambal udang, sambal kari ayam dan kambing pun ada.  Semuanya mudah di sediakan, samada di makan dengan nasi ata...

Nasi Ala Kak Wok

Gambar
Nasi Ala Kak Wok Inspirasi dari :  FB Rozmaliza Omar Bahan-bahan Nasi putih dimasak dengan daun pandan Gulai Ayam Ala Kak Wok 4 labu bawang besar merah 5 ulas bawang putih 1 1/2 in halia 1 1/2 in lengkuas 3 sudu besar rempah kari daging @ rempah gulai darat 2 sudu besar rempah kerutub Carrot - dipotong 2" Kacang panjang - dipotong 2" Kentang potong kiub Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong2 kecil. Santan sederhana pekat Garam dan gula nisan secukup rasa 1/2 kiub pati ayam Penyediaan : Kisar bawang merah, putih, halia dan lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi. Rempah kari dan rempah kerutub bancuh dengan air dan gaul pada ayam. Perap sekejap. Kemudian masukkan ke dalam bahan-bahan yang ditumis tadi. Masukkan kentang.  Masak sampai kentang dan ayam empuk. Masukkan santan.  Masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat. Masukkan carrot dan kacang panjang. Perasakan garam, gula nisan dan serbuk perasa @ kiub ayam. Masak sekejap. Ayam Goreng Ala Kak Wok A...

Nasi Kerabu, Sambal Tumis, Sambal Lada dan Sambal Ikan

Gambar
Nasi Kerabu, Sambal Tumis, Sambal Lada dan Sambal Ikan Bahan-bahan 2 pot beras brasmathi, cuci 30 kuntum bunga telang (ramas dan perah airnya) Air secukupnya sehelai daun pandan Masukkan beras, air bunga dan air, gaul rata, rendam selama 20minit di dalam periuk nasi letrik. Letak daun pandan dan tanak hingga masak. Bahan Sambal Lada 10 tangkai cili padi 2 tangkai cili merah 5 biji limau kasturi 1 sudu besar cuka garam dan gula secukup rasa (Kisar hingga lumat, perasakan dengan garam dan gula) Bahan Sambal Tumis 2 batang serai di ketuk 2 keping asam gelugor 5 cawan santan sederhana pekat garam secukup rasa 2 sudu besar budu 2 sudu besar gula melaka racik Bahan Kisar 10 tangkai cili kering (potong dan rendam dalam air panas, toskan) 2 ulas bawang putih 20 ulas bawang merah (kecil) 1 hiris halia Cara-cara  : Masukkan santan, serai, asam gelugor dan garam ke dalam periuk.  Masak hingga santan pecah minyak. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar, budu, garam, gula dan gula melaka secu...

Nasi Daging Utara Terbaik

Gambar
Nasi Daging Utara Sumber : Che' Nom Bahan Asas 4 cawan beras basmathi, rendam selama 30 minit dan tos 500 gram daging, potong kiub besar anggaran 3"x4" 5 cawan air rebusan daging 1 cawan susu cair 1 helai daun pandan, carik dan simpul 2 1/2 sudu besar rempah kurma 1 batang serai, dititik 3 sudu besar minyak sapi 1 -2 sudu besar minyak sayuran 1/2 cawan tomato sup ATAU 1/4 cawan tomato puri Sedikit kismis hitam Bahan Rebusan Daging 1 sudu besar rempah kurma 2 inci halia, hiris nipis Air dalam anggaran 7 cawan lebih Bahan Tumis 1 biji bawang besar, hiris nipis 5 ulas bawang putih, hiris nipis 3 kuntum bunga lawang 2 batang kayu manis 4 kuntum bunga cengkih 6 biji buah pelaga Penyediaan Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan. Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis bahan tumis bersama 3 sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan beras yang telah ditos. Ka...

Nasi Ayam Penyet

Gambar
Nasi Ayam Penyet  Inspirasi:   Fauziyah Arifin@Intai Dapur Bahan A 1/2 ekor ayam (Saiz besar) 2 helai daun bay 2 batang serai (diketuk lebam) 1 sudu teh serbuk kunyit 1/2 kiub 'pati ayam' sedikit air (Air jangan lebih kerana akan membazir rempah rebusan.Sekadar tenggelamkan ayam saja) sedikit garam Bahan B (diblend halus) 1 biji bawang besar atau 8 ulas bawang merah 6 ulas bawang putih 3 biji buah keras 1 camca teh lada hitam 1 camca teh lada putih 1 camca teh jintan manis 1 camca teh jintan putih 2 camca teh ketumbar Penyediaan : Masukkan kesemua bahan A dan B kedalam periuk, tutup tudung periuk dan rebus dengan api perlahan untuk mengelakan meruap.  Tutup periuk supaya ayam masak sempurna. Proses merebus jangan terlalu lama kerana ayam akan hancur dan texture menjadi kurang menarik. Balikkan ayam dengan perlahan dan rebus hingga ayam masak sampai ketulang. Angkat dan asingkan ayam dari air rebusan. * Simpan air rebusan untuk merebus tempe, tauhu juga dalam bancuhan krem...

Nasi Goreng Cina

Gambar
Nasi Goreng Cina Bahan-Bahan 2 mangkuk nasi sejuk 4 sudu besar minyak masak 1 biji telur - kocok ringan 4 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah, tumbuk 10 ekor isi udang 1/2 keping isi dada ayam - cincang 4 sudu besar sayur campur beku 2 kelopak sayur bok choy atau kobis - potong (jika suka) 1/2 kiub pati ayam - haluskan 1/2 sudu kecil minyak bijan 1/2 sudu kecil serbuk lada putih Cara Memasak Panaskan minyak, masukkan bawang tumbuk. Tumis hingga naik bau. Masukkan isi ayam, goreng hingga berubah warna.  Masukkan pula udang, goreng hingga udang kemerahan. Selepas itu, masukkan telur, biar sebentar hingga telur hampir masak kemudian gaul sekata bersama bahan-bahan tadi. Kemudian masukkan nasi dan gaul hingga sekata. Akhir sekali masukkan sayur campur beku, bok choy dan perasakan dengan serbuk pati ayam, serbuk lada sulah, minyak bijan dan secubit garam, gaul dan goreng hingga rata. Hidang ketika masih panas. Nasi Goreng Cina

Nasi Briyani Ayam / Chicken Biryani Rice

Gambar
Nasi Briyani Ayam / Chicken Biryani Rice Bahan Nasi 2 pot beras Basmati, cuci bersih, rendam 20 minit, toskan 1.5 liter air 1 sudu besar minyak sapi sedikit minyak masak 3 biji buah pelaga 3 biji cengkih 1 helai daun bay 1 kuntum bunga lawang 1 sudu kecil garam Panaskan minyak, tumis buah pelaga, cengkih, daun bay dan bunga lawang.  Masukkan air dan garam dan biar mendidih.  Kemudian masukkan beras dan masak sehingga 3 suku masak.  Angkat dan toskan. Bahan Perapan Ayam 1/2 ekor ayam, potong saiz sesuai 1/2 cawan yogurt atau 1/2 cawan susu sejat 4 ulas bawang putih, 2in halia (tumbuk halus) 1 sudu besar serbuk cili 1/2 sudu besar serbuk kunyit 1 packet kecil rempah briyani 2 biji tomato - potong dadu garam secukup rasa 1 kiub pati ayam 1/2 cawan bawang goreng Gaul semua bahan hingga rata.  Perap selama 20 minit. Bahan Tumis 1 sudu besar minyak sapi 1 sudu besar minyak masak 5 biji bunga cengkih 1 helai daun bay 3 biji buah pelaga 1/2 in kulit kayu manis 1 sudu kecil l...

Nasi Hujan Panas

Gambar
Nasi Hujan Panas Sumber :  FB Atie Jumaat Bahan-bahan 3 cawan Beras Basmathi (rendam 30 minit), toskan 1 cawan susu cair 1/2 cawan kismis 1 tin kecil minyak sapi 1 sudu makan gula perang Garam secukup rasa Pewarna hijau / merah / kuning 2 helai daun pandan (simpul) 1 pokok ketumbar 3 cawan air (guna cawan beras) Rempah Kasar 2 batang kulit kayu manis 5 kuntum bunga lawang 6 kuntum bunga cengkih 10 biji buah pelaga Bahan Kisar 2 biji bawang besar 5 ulas bawang putih 2 inci halia Cara Menyediakan Panaskan sedikit minyak dan minyak sapi, masukkan rempah kasar dan daun pandan di ikuti bahan kisar.  Tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan susu cair, air, gula dan garam secukup rasa.  Biarkan mendidih.  Tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras, kismis dan pokok ketumbar, gaul rata dan tanak sehingga nasi masak. Bila nasi telah masak, cucuk dengan chopstik dan buat beberapa lubang. Titiskan dengan pewarna merah, kuning dan hijau secara selingan di setiap lubang.  Tu...

Nasi Tomato

Gambar
Nasi Tomato Sumber :  FB Tahrunisah Jali Bahan-bahan 2 cawan beras Basmathi 2 1/2 cawan air sedikit halia di hiris 1 1/2 biji bawang besar sederhana saiz potong dadu 2 ulas bawang putih potong dadu 3 sudu besar tomato paste 1 kiub pati ayam 1 batang serai diketuk 1/2 cawan susu cair 1 sudu besar minyak sapi dan sedikit minyak tuk menumis garam Hiasan daun pudina dan bawang goreng Rempah Kasar 1 batang kulit kayu manis 6 biji bunga cengkih 2 biji bunga lawang Penyediaan : Bersihkan beras basmathi dan rendam sekejap. Dalam kuali, panaskan minyak dan minyak sapi, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia serta rempah kasar. Tumis sehingga naik bau, masukkan tomato paste, serai, kacau sebati. Kemudian toskan beras dan masukkan dalam rice cooker bersama bahan tumis tadi serta air dan garam.  Kacau biar rata dan tanak seperti biasa. Bila masak gemburkan dengan garfu perlahan-lahan supaya nasi tak patah. ** Sukatan air bergantung pada beras yang digunakan.  Jika basmathi bia...

Nasi Ayam Hainan / Hainan Chicken Rice

Gambar
Nasi Ayam Hainan Bahan-bahan 1 ekor ayam jangan buang kulit, cuci bersih 1 periuk air (anggaran 6 liter) hingga tenggelam ayam 1 sudu besar stock ayam 1 ikat daun bawang - simpul 2 inci halia - ketuk 1 ikat daun ketumbar dengan akarnya garam secukup rasa Untuk perapan :  Minyak Bijan dan Kicap Cair Penyediaan : Masak air hingga mendidih bersama bahan di atas.  Kemudian masukkan ayam . Masak anggaran 30 min dengan api sederhana.  Angkat ayam. Rendam dalam air berisi ais selama 15 min. Angkat, dan toskan. Kemudian sapu ayam dengan minyak bijan dan kicap soya cair. Air Rebusan Ayam di bahagi dua, satu bahagian di masuk ke dalam nasi dan satu bahagian di jadikan sup ayam.  Keluarkan bahan-bahan dalam air rebusan tadi. Nasi Ayam 3 cawan beras, cuci dan toskan 5 cawan air rebusan ayam tadi 1 inci halia - ketuk 3 ulas bawang putih - ketuk 4 ulas bawang merah kecil - ketuk 4 helai daun pandan sedikit lemak ayam - optional 1 sudu besar marjerin 2 sudu besar minyak masak Penye...