Postingan

Menampilkan postingan dengan label Kudapan

Kuih Ros / Kembang Goyang / Kuih Lotus

Gambar
Kuih Ros / Kembang Goyang / Kuih Lotus Bahan-bahan 2 cawan tepung beras 1 cawan gula 2 biji telur A 1/2 cawan santan kotak 1/2 cawan air Minyak untuk menggoreng Acuan Kuih Ros Acuan kecil bulat atau melengkung untuk membentuk kuih Penyediaan : Satukan semua bahan ke dalam mangkuk, whisk hingga rata dan tidak berketul.  Tapis. Panaskan minyak, rendam acuan sehingga panas.   Adunan tidak akan melekat jika acuan tidak betul-betul panas. Angkat acuan, goncang sedikit supaya minyak tidak meleleh di acuan. Kemudian celup ke dalam adunan tetapi jangan sampai ke permukaan atas acuan kerana kuih akan melekat. Goncang ringan untuk mengeluarkan adunan berlebihan. Rendam seketika di dalam minyak, kemudian goncang ringan supaya kuih terlepas keluar. Kecilkan sedikit api jika terlalu panas.  Goreng beberapa saat. Apabila hampir perang, angkat menggunakan penyepit dan alihkan ke atas acuan melengkung supaya kuih membentuk bunga melengkung.  K1 menggunakan acuan cakepop sebagai dasa...

Sagun Nestum

Gambar
Sagun Nestum Bahan-bahan 1 biji kelapa parut 3/4 cawan tepung beras 1/4 cawan tepung pulut 1 cawan nestum cereal 1/2 sudu teh garam 1/3 cawan gula kaster Kertas pembalut hadiah - di gulung Menghasilkan 12 roll Cara-cara Sangai tanpa minyak kelapa parut sehingga ringan dan sedikit perang. Kemudian masukkan tepung beras dan tepung pulut. Sangai dengan api perlahan hingga garing dan berderap bila di kacau. Tutup api dan masukkan nestum.  Gaul hingga rata. Sejukkan dulu,  kemudian gaul dengan gula kaster. Kemudian masukkan ke dalam pengisar kering dan kisar halus. Untuk membungkus, bulung kertas pembalut hadiah, ikat hujungnya dengan reben, kemudian masukkan sagun di bahagian hujung bawah hingga penuh, Rapikan lipatan gulungan supaya sagun tidak terkeluar. Sagun Nestum

Kerepek Popia Seaweed

Gambar
Kerepek Popia Seaweed Bahan-bahan Kulit popiah Seaweed / Nori 1 biji telur - pukul ringan Minyak masak utk menggoreng Penyediaan : Ambil sekeping kulit popia, sapu telur hingga rata.  Letak sekeping seaweed, sapu telur hingga rata. Akhir sekali letak sekeping kulit popia sebagai penutup. Kepingan seaweed berada di tengah. Gunting memanjang atau kepingan mengikut suka. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.  Angkat dan toskan. Simpan dalam bekas kedap udara. Kerepek Popia Seaweed