Kuih Tako Jagung
Kuih Tako Jagung Sumber : Kfida@myresipi / Yati Memories Bahan Lapisan Bawah 1/4 cawan tepung beras 1/4 cawan tepung hoen kwee putih 1/2 cawan gula halus 2 1/4 cawan air sedikit pewarna kuning 1/2 cawan jagung cream / biji dalam tin, toskan airnya Bahan Lapisan Atas 3 cawan santan pekat 1/4 cawan tepung beras 2 1/2 sudu besar tepung hoen kwee 3/4 sk garam 2 helai daun pandan - disimpul Cara-cara 1. Satukan bahan2 lapisan bawah, tambah sedikit pewarna kuning dan masak hingga pekat, berkilat dan jernih. 2. Sediakan acuan kecil atau kelongsong pandan dan tuangkan 1/2 adunan jagung dari paras acuan. Ketepikan. 3. Satukan bahan2 lapisan atas dan masak hingga pekat. Matikan api. 4. Tuangkan ke atas lapisan jagung hingga memenuhi mangkuk/kelongsong pandan. 5. Dinginkan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan. Kuih Tako Jagung