Bingka Ambon Medan
Bingka Ambon Medan Adunan Yis 50 ml air suam 2 sudu besar gula pasir 1 sudu besar ragi instant 2 sudu besar tepung gandum Satukan adunan yis di dalam bekas, aduk rata. Tutup dengan plastik wrap dan rehatkan selama 10-15 minit hingga berbuih. Ketepikan. Bahan-bahan 3 helai daun pandan 1 batang serai - di ketuk 10 kuning telur ayam 500 ml santan kelapa pekat 5 helai daun limau purut - carikkan 1/2 sudu teh garam 125 gm tepung ubikayu / tepung sagu 250 gm gula pasir Penyediaan : Masak santan, daun limau purut, daun pandan, serai dan garam hingga mendidih dan pekat. Tapis dan ketepikan. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang dan pekat. Kemudian masukkan tepung ubikayu, santan dan adunan yis. Kaup balik dengan spatula perlahan-lahan hingga sebati. Tutup bekas dengan plastik dan biarkan selama 2 - 3 jam hingga mengembang. Leser loyang dengan minyak dan panaskan di atas dapur hingga minyak panas. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar di rak bawah (api bawah sahaja...