Bebola Pulut Yeo’s Teh Krisantimum
Ramadan adalah bulan yang dipenuhi rahmat dan berkat dariNya. Berkat boleh didapati atau ditafsirkan maknanya dalam pelbagai perbuatan dan pemahaman. Berkat juga boleh didapati di dalam setiap hubungan yang baik seperti keluarga, rakan-rakan, atau dalam setiap rasa syukur yang dipanjatkan di atas rezeki makan dan minum, juga sebagai tangan yang menghulurkan kepada mereka yang memerlukan. Berkat, dari sebesar-besar makna atau sekecil-kecil perbuatan adalah lahir dari rasa syukur kepada yang Esa. Teh Krisantimum Yeo’s menjadi minuman yang menyegarkan di minum begitu saja samada sejuk atau panas. Malah boleh di jadikan makanan yang menyihatkan untuk berbuka nanti. Bebola Pulut Yeo’s Teh Krisantimum memberi kecergasan dan kesegaran dengan tambahan aroma halia, serai dan daun pandan. Bebola pulut memberi penambah tenaga yang di perlukan setelah seharian berpuasa. Bebola Pulut Yeo’s Teh Krisantimum Bahan A 600 ml Yeo’s Teh Krisantimum 3 hiris halia 1 batang...