Postingan

Menampilkan postingan dengan label Desserts

Puding Kopi Berlapis Keju / Coffee Cheese Pudding

Gambar
Puding Kopi Berlapis Keju / Coffee Cheese Pudding Bahan-bahan 700ml air 8gm serbuk agar-agar 100gm gula pasir 2 kuning telur 2 sudu besar susu pekat manis 130ml susu segar 50gm cream cheese 3 sudu kecil serbuk nescafe / kopi 100ml air panas Loyang kecil 10cm Penyediaan : Satukan air, serbuk agar-agar dan gula.  Masak hingga mendidih.  Ketepikan.  Tutup periuk supaya tidak cepat beku. Satukan kuning telur dan susu pekat, whisk hingga rata.  Ketepikan Dalam periuk lain, masak susu segar dan cheese hingga larut. Kemudian tuang adunan cheese sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur tadi, whisk hingga rata dan tidak berketul. Kemudian tapis ke dalam periuk dan masak semula hingga hampir pekat dengan api kecil. Ambil 250ml larutan agar-agar dan tuang ke dalam larutan cheese, whisk hingga sebati. Bancuh serbuk nescafe dan air panas, kemudian masukkan ke dalam baki larutan agar-agar.  Kacau hingga rata. Agar-agar kopi dan cheese di bahagi kepada 2 bahagian setiap satu...

Mangga Pulut Hitam

Gambar
Mangga Pulut Hitam Bahan-bahan  2 biji mangga - potong ikut suka 100gm beras pulut hitam 150gm beras pulut putih 200ml santan cair + 1/4 sudu teh garam 2 helai daun pandan - carikkan Sos santan 300ml santan pekat 2 sudu besar gula pasir 1/4 sudu kecil garam 2 helai daun pandan 2 sudu kecil tepung jagung larutkan dgn sedikit air Satukan semua bahan kecuali tepung jagung.  Masak hingga gula larut.  Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung, kaca rata dan masak hingga sos nampak pekat. Cara-cara : Rendam pulut hitam dan putih secara berasingan selama 3 jam. Toskan dan satukan kedua pulut, masukkan santan dan kukus bersama daun pandan selama 30 - 35minit. Hidang bersama mangga dan sos santan. Mangga Pulut Hitam

Puding Sago Fruity Tutty

Gambar
Puding Sago Fruity Tutty Bahan-bahan 1/2 cawan sago kecil 1 liter air 1/3 cawan jagung tin (whole kernel) Sirap Gula 1 cawan gula pasir 1/2 cawan air 2 helai daun pandan Satukan gula pasir, air dan daun pandan.  Masak hingga gula larut.  Biarkan sejuk. Santan 1 cawan santan pekat (kotak) 1/4 cawan air 1/4 sudu teh garam 1 sudu besar tepung beras Satukan santan, air, garam dan tepung beras.  Tapis ke dalam periuk dan masak hingga nampak pekat. Sejukkan dahulu. Buah-buahan pilihan :  Cantalope, melon, tembikai, pisang, kiwi, manga, blueberry, buah naga, nangka - potong atau scoop Cara-cara : Cuci sagu dan toskan.  Masak air hingga mendidih, kemudian masukkan sagu.  Masak hingga sagu menjadi jernih.  Angkat dan toskan ke dalam penapis. Kemudian alirkan air paip ke atas sagu dan bilas beberapa kali sehingga kanjinya hilang. Toskan sekali lagi kemudian gaulkan dengan jagung. Masukkan ke dalam bekas dan tutup dengan plastik wrap.  Simpan di dalam peti s...

Aiscream Yogurt Fruity Tutty

Gambar
Aiscream Yogurt Fruity Tutty Sumber :  Azlina Ina Bahan-bahan 1 cawan non dairy whipping cream (sejuk) 2 cawan Yogurt plain (sejuk) 1 sudu besar ovalette 1/2 cawan susu cair 1/2 cawan susu pekat manis 1 sudu kecil jus lemon Filing Strawberry, kiwi, blueberry, manga Buahan-buahan segar Strawberry, kiwi, blueberry, manga Bekas atau gelas tinggi Cara-cara : Putar whipping cream, ovalatte, susu pekat dan susu cair dengan kelajuan tinggi hingga pekat. Masukkan yogurt dan jus lemon, putar hingga kembang dan gebu. Masukkan aiscream ke dalam gelas berselang seli dengan filing hingga hampir penuh. Sejukkan di dalam freezer (sejuk beku)  selama 4 jam atau lebih. Hias dengan hirisan buah-buahan segar. Aiscream Yogurt Fruity Tutty

Puding Hoen Kwee Pisang

Gambar
Puding Hoen Kwee Pisang Bahan-bahan 250ml air (kisar dgn 5 helai daun pandan), tapis 200ml santan kotak 100gm gula kastor 2 sudu kecil serbuk agar-agar segera (instant jelly) 40gm tepung Hoen Kwee 1/4 sudu teh pewarna hijau epal 1/8 sudu teh garam halus Hiasan : Pisang emas - potong dadu atau bulat Acuan - basahkan dahulu, toskan Penyediaan : Satukan semua bahan, tapis ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan hingga meletup-letup. Tuang 1/2 adunan ke dalam acuan yang disukai dan tabur pisang di atasnya. Tuang baki adunan hingga menutupi pisang. Biarkan suam sedikit dan simpan di dalam peti sejuk. Puding Hoen Kwee Pisang

Italian Tiramisu

Gambar
Italian Tiramisu Bahan-baha n Biskut sponge fingers secukupnya Filling 2 kuning telur 60 gm gula kaster 1 sudu besar susu segar 1 sudu besar gelatine + 50ml air panas 250 gm mascorpone atau Phil cream cheese 125 ml UHT whipping cream - pukul hingga pekat Sirap Kopi 2 sudu besar serbuk kopi atau espresso 4 sudu besar gula kaster 100 ml air panas 1 tsp serbuk koko (optional) (Campurkan semua, kacau hingga gula larut) Hiasan : serbuk koko Cara-cara: Masak secara double boiler kuning telur dan gula.  Kemudian masukkan susu segar, kacau sehingga telur berubah warna.   Ketepikan. Larutkan gelatin dengan air panas, masukkan ke dalam kuning telur. Gaul sebati. Kacau mascorpone cheese dengan sudip kayu (jika menggunakan Phil cream cheese, pukul dengan whisk kerana teksturnya lebih padu) hingga lembut dan tidak berketul. Masukkan adunan kuning telur, kacau rata.  Kemudian kaup balikkan dengan whipping cream, perlahan-lahan hingga sebati.  Masukkan ke dalam piping bag dan simpa...

Puding Milo

Gambar
Puding Milo Bahan-bahan 11gm serbuk Agar-agar (1 packet) 750ml air 160g gula 400ml susu sejat / susu segar (1 tin) 3/4 cawan serbuk milo, larutkan dengan sedikit air panas Penyediaan : Satukan agar-agar, gula dan air dalam periuk.  Masak hingga mendidih. Masukkan susu segar dan larutan milo, kacau hingga rata dan larut. Tuang ke dalam acuan yang di sukai. Puding Milo