Ikan Masak Cuka / Ikan Masak Acar
Ikan Masak Cuka / Ikan Masak Acar Sumber : Dari Dapur Aida Bahan-bahan 2 keping ikan tenggiri, cuci dan toskan 1 sudu teh serbuk kunyit 1/2 sudu teh garam Lumur dengan ikan dan biarkan sebentar. Goreng jangan terlalu garing supaya tidak keras. Angkat dan toskan. Rempah Tumis 1 batang kayu manis 1 kuntum bunga lawang 2 biji buah pelaga 4 kuntum bunga cengkih 1 sudu teh biji sawi Bahan Acar 1/2 inci halia, hiris halus 7 biji bawang merah kecil, belah 2 setiap 1 5 ulas bawang putih, belah 2 setiap 1 1 sudu teh serbuk kunyit 3 sudu besar cuka 1/3 cawan air 1 sudu besar gula1 biji timun, kerat 3, buang empulur dan hiris panjang 1 biji cili merah, kerat 3, buang biji dan hiris panjang 1 biji cili hijau, kerat 3, buang biji dan hiris panjang 1 sudu kecil garam 1 sudu besar gula pasir Penyediaan : Panaskan sedikit minyak, tumis bahan-bahan tumis hingga wangi. Masukkan halia, bawang putih dan bawang merah. Masak hingga bawang layu. Masukkan serbuk kunyit, kacau rata. Tuang cuk...