Postingan

Menampilkan postingan dengan label Masakan Ayam

Ayam Panggang Yogurt Peri-Peri Ala Nandos

Gambar
Ayam Panggang Yogurt Peri-Peri Ala Nandos Bahan-bahan 1kg ayam sederhana, cuci bersih 2 sudu kecil garam 1 sudu besar gula 1/2 cawan yogurt 3 sudu besar sos peri-peri Bahan Kisar 1/3 cawan minyak zaitun 2 tangkai cili merah 3 ulas bawang putih 1 sudu besar lada hitam 2 sudu kecil serbuk paprika / serbuk cili 1 ikat daun ketumbar, potong Daun Parsley / Oregano untuk taburan Penyediaan : Cucuk ayam dengan pisau di beberapa tempat supaya bahan perapan meresap. Masukkan bahan kisar ke dalam pengisar dan kisar bersama minyak hingga halus. Gaul bersama ayam, yogurt, garam, gula dan sos peri-peri. Perap di dalam peti sejuk semalaman. Tabur dengan daun parsley dan Panggang pada suhu 200C selama 45-50 minit. Hidang bersama salad, kentang goreng, jagung bakar Ayam Panggang Yogurt Peri-Peri Ala Nandos

Nasi Ala Kak Wok

Gambar
Nasi Ala Kak Wok Inspirasi dari :  FB Rozmaliza Omar Bahan-bahan Nasi putih dimasak dengan daun pandan Gulai Ayam Ala Kak Wok 4 labu bawang besar merah 5 ulas bawang putih 1 1/2 in halia 1 1/2 in lengkuas 3 sudu besar rempah kari daging @ rempah gulai darat 2 sudu besar rempah kerutub Carrot - dipotong 2" Kacang panjang - dipotong 2" Kentang potong kiub Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong2 kecil. Santan sederhana pekat Garam dan gula nisan secukup rasa 1/2 kiub pati ayam Penyediaan : Kisar bawang merah, putih, halia dan lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi. Rempah kari dan rempah kerutub bancuh dengan air dan gaul pada ayam. Perap sekejap. Kemudian masukkan ke dalam bahan-bahan yang ditumis tadi. Masukkan kentang.  Masak sampai kentang dan ayam empuk. Masukkan santan.  Masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat. Masukkan carrot dan kacang panjang. Perasakan garam, gula nisan dan serbuk perasa @ kiub ayam. Masak sekejap. Ayam Goreng Ala Kak Wok A...

Nasi Ayam Penyet

Gambar
Nasi Ayam Penyet  Inspirasi:   Fauziyah Arifin@Intai Dapur Bahan A 1/2 ekor ayam (Saiz besar) 2 helai daun bay 2 batang serai (diketuk lebam) 1 sudu teh serbuk kunyit 1/2 kiub 'pati ayam' sedikit air (Air jangan lebih kerana akan membazir rempah rebusan.Sekadar tenggelamkan ayam saja) sedikit garam Bahan B (diblend halus) 1 biji bawang besar atau 8 ulas bawang merah 6 ulas bawang putih 3 biji buah keras 1 camca teh lada hitam 1 camca teh lada putih 1 camca teh jintan manis 1 camca teh jintan putih 2 camca teh ketumbar Penyediaan : Masukkan kesemua bahan A dan B kedalam periuk, tutup tudung periuk dan rebus dengan api perlahan untuk mengelakan meruap.  Tutup periuk supaya ayam masak sempurna. Proses merebus jangan terlalu lama kerana ayam akan hancur dan texture menjadi kurang menarik. Balikkan ayam dengan perlahan dan rebus hingga ayam masak sampai ketulang. Angkat dan asingkan ayam dari air rebusan. * Simpan air rebusan untuk merebus tempe, tauhu juga dalam bancuhan krem...

Ayam Tandoori / Tandoori Chicken

Gambar
Ayam Tandoori / Tandoori Chicken Bahan Perap 4 keping paha ayam tanpa kulit, kelar 1 sudu besar serbuk cili 1 sudu kecil garam 1 sudu besar jus lemon Gaul dan perap selama 1 jam di dalam peti sejuk Bahan Rempah 6 sudu besar yogurt pekat 2 sudu kecil garam 1 sudu besar pes halia dan bawang putih Jus limau nipis 1/2 sudu besar serbuk lada hitam 1/2 sudu besar serbuk cili 1/2 sudu besar garam masala 1 sudu besar serbuk jintan manis 1 sudu besar serbuk ketumbar 1/2 sudu kecil serbuk kunyit Sedikit pewarna merah 1 sudu besar daun fenugreek kering / parsley kering 2 sudu besar minyak sayur Satukan semua bahan kecuali minyak, gaul sebati. Cara-cara : Cuci ayam, buang kulit dan kelar beberapa bahagian supaya rempah menyerap dengan rata. Gaul rata bersama bahan-bahan perap dan biarkan selama satu jam di dalam peti sejuk. Satukan semua bahan rempah, kemudian gaul bersama perapan ayam tadi. Letak minyak sayur dan gaul hingga sebati. Letak di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 200C selama 20...

Chicken Chop Goreng / Fried Chicken Chop

Gambar
Chicken Chop Goreng / Fried Chicken Chop Bahan-bahan 2 keping paha ayam debone 2 sudu kecil serbuk/pati ayam 1 sudu kecil serbuk lada putih 1 sudu kecil serbuk lada hitam 1 sudu besar jus lemon Bahan Salutan 1 biji telur - di pukul ringan 1/2 cawan tepung jagung 1/2 cawan breadcrumbs Cara-cara : Gaul ayam bersama bahan-bahan perap hingga rata.  Perap selama 4 jam atau semalaman di dalam peti sejuk. Salut ayam dengan tepung jagung hingga rata. Kemudian celup kedalam telur dan akhir sekali celup dengan breadcrumbs hingga rata. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Sos Cendawan Blackpepper 1/2 biji bawang besar di potong dadu 1 sudu besar mentega 4 biji cendawan butang di hiris 3 sudu besar sos tiram 3 sudu besar sos black pepper 2 sudu besar kicap hitam 200ml air 100ml air + 1 sudu besar tepung jagung (utk pekatkan kuah) Sedikit garam dan gula Serbuk lada hitam kasar Cara-cara : Panaskan mentega dan tumis bawang hingga layu.  Masukkan semua sos, kicap,...

Ayam Masak Briyani / Briyani Chicken

Gambar
Ayam Masak Briyani / Briyani Chicken Sumber :   Dapur Tanpa Sempadan Bahan-bahan 1 ekor ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan* 1 camca besar kunyit serbuk* 1 camca teh garam*(*digaul rata dan perap 15 minit) 1 genggam kismis 1/2 cawan susu sejat IDEAL 1 pokok daun ketumbar, kerat kasar 2 camca besar bawang goreng 1 biji tomato belah 6 (kalau kecil guna 2 biji) 5 camca besar sos tomato JALEN 2 camca besar sos cili JALEN 2 camca besar tomato puree 5 camca besar rata rempah briyani (sebarang jenama) Garam secukup rasa Air secukupnya Bahan-bahan Kisar Halus 1 biji bawang besar 4 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 1 1/2 inci halia 5 biji cili hijau Cara Membuatnya  Ayam digoreng 1/2 masak, angkat dan toskan.  Cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/2 cawan. Tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan tomato puree dan masak sekejap. Tambah sos cili, sos tomato dan rempah briyan. Kacau rata dan tuang sedikit air. Masak hingga naik minyak, guna api kecil ...

Ayam Panggang Special

Gambar
Ayam Panggang Special Bahan-bahan 1 ekor ayam - potong 2 atau 4 2 batang serai - di ketuk 5 helai daun limau nipis 2cm lengkuas - di ketuk 8 sudu besar kicap manis 4 sudu besar air asam jawa 250ml santan 2 sudu besar minyak masak Bahan Kisar 1 ulas bawang putih 10 ulas bawang merah 3 tangkai cili merah 1 sudu besar biji ketumbar, 1 sudu teh jintan manis (sangrai) 1 cm halia 1 cm kunyit 2 sudu teh garam 1 sudu teh lada sulah 1/2 keping gula melaka Penyediaan Cuci bersih ayam. Panaskan minyak, tumis bahan kisar, serai, daun limau purut dan lengkuas hingga naik bau. Masukkan ayam, gaul rata.  Tumis hingga ayam berubah warna. Masukkan air asam jawa, kicap manis, dan garam secukupnya.  Tunggu hingga ayam masak. Angkat dan letakkan ayam di atas pemanggang.  Lumur dengan bumbunya. Panggang hingga masak. Ayam Panggang Special

Ayam Pandan Thai / Thai Pandan Chicken

Gambar
Ayam Pandan Thai / Thai Pandan Chicken Bahan-bahan 500gm dada ayam 2 sudu besar daun ketumbar cincang 2 sudu besar bawang putih kisar 1 sudu besar halia kisar 1 sudu teh serbuk lada putih / hitam 1/2 sudu besar gula 2 sudu besar sos tiram 1 sudu besar minyak bijan 2 sudu besar kicap cair 2 sudu kecil tepung jagung 1/2 kiub pati ayam sedikit garam Daun pandan untuk membungkus Minyak untuk mengoreng Penyediaan : Potong ayam saiz makan. Kemudian perap bersama bahan-bahan di atas selama 2-3 jam. Kemudian balut dengan daun pandan berbentuk kon.  Gunting bahagian atas daun pandan. Susun di dalam pengukus dan kukus selama 10 minit dengan api besar. Angkat dan toskan di atas tissu dapur. Goreng terendam sehingga isi ayam keperangan. Hidang bersama sos cili Thai. Ayam Pandan Thai / Thai Pandan Chicken

Ayam Masak Merah

Gambar
Ayam Masak Merah Sumber :  FB Tahrunisah Jali Bahan-bahan 1/2 ekor ayam dpotong kecil 2 biji bawang besar saiz sederhana* 3 ulas bawang putih* sedikit halia* 2 sudu besar cili kering yang telah direbus dan di kisar 2 sudu besar tomato paste 2 sudu besar sos cili / sos tomato garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis Bawang besar potong bulat untuk hiasan Penyediaan : Ayam dipotong kecil dan dibersihkan, gaul garam dan kunyit, kemudian goreng dan ketepikan. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.  Kemudian tumis dengan cili kisar sehingga pecah minyak dengan api perlahan. Masukkan tomato paste, sos cili dan sos tomato. Masukkan gula dulu dan masukkan sedikit air, perasakan dengan garam secukupnya. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong bulat nipis.  Tambah kacang peas jika suka. Ayam Masak Merah