Postingan

Menampilkan postingan dengan label Sandwich

Sandwich Telur Mata / Poached Egg Sandwich

Gambar
Sandwich Telur Mata / Poached Egg Sandwich Bahan-bahan Roti Sandwich Telur segar Timun - hiris Tomato - hiris Salad - hiris Sedikit garam dan serbuk lada putih Cara Memasak Telur Mata Masukkan air ke dalam periuk non-stick yang rendah, sedikit garam dan cuka.  Biarkan mendidih. Pecahkan dahulu telur ke dalam cawan, kemudian tuang perlahan-lahan ke dalam air mendidih. Perlahankan api, tutup periuk dengan penutup dan biarkan telur terendam selama 4 minit. Selepas itu angkat telur dengan senduk berlubang dan toskan di atas tisu dapur. Penyediaan Sandwich Bakar kepingan roti sebentar. Letak hirisan timun, tomato dan salad Letak telur mata dan tabur sedikit garam dan serbuk lada sulah. Boleh juga di renjis dengan kicap cair sebagai perasa. Sandwich Telur Mata / Poached Egg Sandwich

Sandwich Vietnam / Banh Mi Vietnamese Sandwich

Gambar
Sandwich Vietnam / Banh Mi Vietnamese Sandwich Jeruk Carrot dan Daikon (lobak putih ) 1 batang Carrot, 1 batang Daikon di hiris halus memanjang.  Masukkan ke dalam mangkuk dan tabur dengan 1 sudu besar gula dan 1 sudu besar garam. Gaul rata dan biarkan selama 10 minit supaya carrot dan daikon lembut. Selepas itu cuci dan toskan. Masukkan semula ke dalam mangkuk, masukkan 1/2 cawan cuka, 4 sudu besar gula dan 1 sudu kecil garam.  Biarkan semalaman. Bahan-bahan Roti Perancis (French Baquette) Beef Salami (goreng dengan sedikit minyak) Mayonies Timun - hiris nipis Tomato - hiris nipis Daun ketumbar Cili hijau jeruk - jika suka pedas Jeruk carrot dan daikon Kicap perisa Maggie Cara-cara : Potong roti mengikut saiz yang sesuai, Kemudian belah melintang di tengahnya, jangan putus. Sapu kedua belah roti dengan mayonies dan ikut susunannya. Susun timun, kepingan beef salami, tomato, beef salami, jeruk carrot dan daikon, cili jeruk dan daun ketumbar. Akhir sekali renjis dengan kicap pe...

Sandwich Pisang Peanut Butter Elvis / Elvis Banana Peanut Butter Sandwich

Gambar
Sandwich Pisang Peanut Butter Elvis / Elvis Banana Peanut Butter Sandwich Bahan-bahan 2 keping roti sandwich Peanut butter Nutela 2 biji pisang berangan di hiris bulat 50gm gula pasir / gula perang Mentega tanpa garam 1 keping keju - jika suka Cara-cara : Sekeping roti di sapu nutela, atur hirisan pisang dan sekeping keju jika suka. Sekeping lagi roti di sapu peanut butter, atus hirisan pisang. Setelah siap tindihkan kedua keping roti tadi, sapu mentega di atasnya dan tabur dengan gula pasir. Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit. Panaskan non-stick pan dengan sedikit mentega, letak kepingan roti dan masak dengan api kecil dan balikkan hingga kedua belah roti keperangan. Potong 2 dan sedia di hidangkan. *** Untuk mendapat roti yang lebih ranggup, bakar selama 5-8 minit di dalam ketuhar. Sandwich Pisang Peanut Butter  Elvis / Elvis Banana Peanut Butter Sandwich