Postingan

Menampilkan postingan dari September, 2016

Nasi Hujan Panas

Gambar
Nasi Hujan Panas Sumber :  FB Atie Jumaat Bahan-bahan 3 cawan Beras Basmathi (rendam 30 minit), toskan 1 cawan susu cair 1/2 cawan kismis 1 tin kecil minyak sapi 1 sudu makan gula perang Garam secukup rasa Pewarna hijau / merah / kuning 2 helai daun pandan (simpul) 1 pokok ketumbar 3 cawan air (guna cawan beras) Rempah Kasar 2 batang kulit kayu manis 5 kuntum bunga lawang 6 kuntum bunga cengkih 10 biji buah pelaga Bahan Kisar 2 biji bawang besar 5 ulas bawang putih 2 inci halia Cara Menyediakan Panaskan sedikit minyak dan minyak sapi, masukkan rempah kasar dan daun pandan di ikuti bahan kisar.  Tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan susu cair, air, gula dan garam secukup rasa.  Biarkan mendidih.  Tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras, kismis dan pokok ketumbar, gaul rata dan tanak sehingga nasi masak. Bila nasi telah masak, cucuk dengan chopstik dan buat beberapa lubang. Titiskan dengan pewarna merah, kuning dan hijau secara selingan di setiap lubang.  Tutup periuk nasi biarkan

Ayam Pandan Thai / Thai Pandan Chicken

Gambar
Ayam Pandan Thai / Thai Pandan Chicken Bahan-bahan 500gm dada ayam 2 sudu besar daun ketumbar cincang 2 sudu besar bawang putih kisar 1 sudu besar halia kisar 1 sudu teh serbuk lada putih / hitam 1/2 sudu besar gula 2 sudu besar sos tiram 1 sudu besar minyak bijan 2 sudu besar kicap cair 2 sudu kecil tepung jagung 1/2 kiub pati ayam sedikit garam Daun pandan untuk membungkus Minyak untuk mengoreng Penyediaan : Potong ayam saiz makan. Kemudian perap bersama bahan-bahan di atas selama 2-3 jam. Kemudian balut dengan daun pandan berbentuk kon.  Gunting bahagian atas daun pandan. Susun di dalam pengukus dan kukus selama 10 minit dengan api besar. Angkat dan toskan di atas tissu dapur. Goreng terendam sehingga isi ayam keperangan. Hidang bersama sos cili Thai. Ayam Pandan Thai / Thai Pandan Chicken

Kek Krim Laici / Lychee Cream Cake

Gambar
Kek Krim Laici / Lychee Cream Cake Bahan-bahan 250 gm sponge mix 4 biji telur B 60 gm air 75 gm minyak Loyang 8in di alas kertas minyak Cara-cara: Satukan sponge mix, telur dan air di dalam mixer.  Putar perlahan hingga bergaul rata. Tukar kepada kelajuan tinggi dan putar sehingga kembang.  Perlahankan mixer, masukkan minyak dan putar hingga bergaul rata. Tuang di dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25-30 minit. Sejukkan di atas redai dan potong kepada 3 lapisan.  Ketepikan. Sirap Laici 1 tin Laici, asingkan sirap dan buah 2 sudu kecil tepung jagung + 1 sudu kecil air, larutkan 1 sudu besar gula Masak 1/2 tin sirap laici bersama gula dan larutan tepung jagung hingga mendidih.  Angkat dan sejukkan dahulu. Laici Whipping Cream 400 gm non dairy whipping cream 1 sudu besar sirap laici 1 sudu besar instant custard (boleh beli di kedai bakery) jika suka satukan semua bahan dan putar dengan kelajuan tinggi hingga kembang.  Ketepikan. Penyediaan Kek Sapu satu lapisan kek dengan sira

Cucur Pisang / Cekodok Pisang

Gambar
Cucur Pisang / Cekodok Pisang Bahan-bahan: 10 biji pisang emas atau berangan 1/2 sudu teh soda bicarbonat 3/4 cawan tepung gandum 1/4 sudu teh garam halus Minyak untuk menggoreng Penyediaan : Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonat hingga hancur. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati.  Rehatkan 30 minit. Panaskan minyak dengan api sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas. Jangan di goreng terlalu banyak sekaligus kerana cucur akan kembang. Goreng hingga keperangan. Cucur Pisang / Cekodok Pisang

Ubikayu Goreng Merekah

Gambar
Ubikayu Goreng Merekah Bahan-bahan 1/2kg ubikayu kuning - potong 1 1/2in 3 ulas bawang putih - di ketuk 1 sudu teh biji ketumbar - jika suka Air ais secukupnya untuk merendam Minyak untuk mengoreng Penyediaan : Rebus ubikayu dengan biji ketumbar dan bawang putih hingga separuh masak, tapi jangan sampai lembik. Kemudian rendam di dalam air ais hingga merekah.  Keluarkan bawang dan biji ketumbar. Toskan dan simpan sebentar di dalam peti sejuk. Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana hingga keperangan. Ubikayu goreng merekah juga boleh di hidang bersama parutan keju atau di makan begitu saja. Bahagian kulit luarnya rangup dan isinya sangat lunak dan lembut.  Perisa dari bawang putih dan ketumbar menambahkan kelazatan resipi ubikayu goreng yang ringkas ini. Ubikayu Goreng Merekah

Kuih Koci Kelantan

Gambar
Kuih Koci Kelantan Bahan-bahan 2 cawan tepung pulut 1 1/2 cawan santan, masak hingga mendidih, sejukkan 1/2 sudu teh garam 2 sudu besar minyak masak untuk sapuan pewarna yang di sukai Daun pisang dilayur, potong 3in pjg x 2in lebar untuk membungkus Inti Kacang Hijau 1 cawan kacang hijau 2 keping gula thai (100gm) 3 sudu besar air 1/3 cawan gula pasir 1/2 sudu teh garam 1/2 sudu besar tepung pulut Cara-cara : Rendam kacang hijau selama 2 jam atau lebih hingga kembang.  Kemudian rebus hingga empuk. Lenyek sedikit ketika masih panas. Masak gula melaka, gula pasir, garam dan air kemudian masukkan kacang hijau, gaul rata.  Apabila hampir kering masukkan tepung pulut gaul hingga bergentel.  Masak hingga kering.  Sejukkan inti dan buat bulat-bulat.   Untuk doh, uli tepung pulut dengan santan sehingga lembut.   Bahagikan doh dan beri pewana yang disukai kemudian uli hingga sebati. Lumur tangan dengan minyak, ambil doh sebesar ibu jari (10gm) kemudian isikan inti kacang didalamnya. Tutup doh da

Cek Mek Keledek Oren

Gambar
Cek Mek Keledek Oren Bahan-bahan 2 cawan isi ubi keledek di rebus dan dilecek ketika panas 1/3 cawan tepung gandum Gula secukupnya Minyak untuk menggoreng Cara-cara Gaulkan ubi dengan tepung sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Ambil doh seberat 30gm, leperkan dan masukkan 1 sudu kecil gula pasir. Tutup doh dan bentukkan bujur. Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga keperangan. Nota :  Isi keledek oren biasanya sangat lembut dan berair berbanding isi keledek ungu.  Jadi tidak perlu di masukkan air ketika mengadunnya. Cek Mek Keledek Oren

Ondeh-Ondeh Keledek Ungu

Gambar
Ondeh-Ondeh Keledek Ungu Bahan-bahan 1 cawan isi keledek ungu (150gm) 1 1/2 cawan tepung pulut (150gm) 1/4 sudu teh garam 1 keping gula melaka - potong kiub kecil Kelapa parut muda - Kukus sebentar + garam Air secukupnya untuk merebus Cara-cara : Cuci bersih keledek.  Rebus hingga empuk.  Toskan dan simpan 2 cawan air rebusan ubi untuk di gunakan kemudian. Lecek ubi ketika masih panas, Gaul bersama tepung pulut dan garam. Masukkan air rebusan ubi sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut dan tidak melekat di jari. Ambil doh sebesar ibujari, leperkan dan masukkan satu kiub gula melaka, bulatkan. Masak air hingga mendidih, masukkan doh tadi dan rebus hingga doh terapung di permukaan air. Toskan dengan penapis berlubang dan golekkan di atas parutan kelapa parut. Ondeh-Ondeh Keledek Ungu

Cek Mek Keledek Ungu

Gambar
Cek Mek Keledek Ungu Bahan-bahan 2 cawan isi keledek ungu (300gm) 1/3 cawan tepung gandum (40gm) 1/4 sudu teh garam Gula pasir secukupnya Air rebusan ubi secukupnya Minyak secukupnya untuk mengoreng Cara-cara : Cuci bersih keledek.  Rebus hingga empuk.  Toskan dan simpan air rebusan ubi untuk di gunakan kemudian. Lecek ubi ketika masih panas.  Gaul bersama tepung dan garam. Masukkan air rebusan ubi sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut dan tidak melekat di jari. Ambil doh seberat (30gm), leperkan dan masukkan satu sudu kecil gula pasir.  Tutup doh dan bentukkan bujur. Panaskan minyak dan goreng hingga permukaan perang. Cek Mek Keledek Ungu

Ayam Masak Merah

Gambar
Ayam Masak Merah Sumber :  FB Tahrunisah Jali Bahan-bahan 1/2 ekor ayam dpotong kecil 2 biji bawang besar saiz sederhana* 3 ulas bawang putih* sedikit halia* 2 sudu besar cili kering yang telah direbus dan di kisar 2 sudu besar tomato paste 2 sudu besar sos cili / sos tomato garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis Bawang besar potong bulat untuk hiasan Penyediaan : Ayam dipotong kecil dan dibersihkan, gaul garam dan kunyit, kemudian goreng dan ketepikan. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.  Kemudian tumis dengan cili kisar sehingga pecah minyak dengan api perlahan. Masukkan tomato paste, sos cili dan sos tomato. Masukkan gula dulu dan masukkan sedikit air, perasakan dengan garam secukupnya. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong bulat nipis.  Tambah kacang peas jika suka. Ayam Masak Merah

Nasi Tomato

Gambar
Nasi Tomato Sumber :  FB Tahrunisah Jali Bahan-bahan 2 cawan beras Basmathi 2 1/2 cawan air sedikit halia di hiris 1 1/2 biji bawang besar sederhana saiz potong dadu 2 ulas bawang putih potong dadu 3 sudu besar tomato paste 1 kiub pati ayam 1 batang serai diketuk 1/2 cawan susu cair 1 sudu besar minyak sapi dan sedikit minyak tuk menumis garam Hiasan daun pudina dan bawang goreng Rempah Kasar 1 batang kulit kayu manis 6 biji bunga cengkih 2 biji bunga lawang Penyediaan : Bersihkan beras basmathi dan rendam sekejap. Dalam kuali, panaskan minyak dan minyak sapi, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia serta rempah kasar. Tumis sehingga naik bau, masukkan tomato paste, serai, kacau sebati. Kemudian toskan beras dan masukkan dalam rice cooker bersama bahan tumis tadi serta air dan garam.  Kacau biar rata dan tanak seperti biasa. Bila masak gemburkan dengan garfu perlahan-lahan supaya nasi tak patah. ** Sukatan air bergantung pada beras yang digunakan.  Jika basmathi biasa 1 cawan ber

Asam Laksa yang sangat sedap

Gambar
Asam Laksa yang sangat sedap Bahan-Bahan 1 kg laksa basah atau laksa kering direbus dahulu 1 kg ikan kembung atau sardin 2 liter air 4 keping asam gelugor 2 sudu besar asam jawa + 1 cawan air 2 batang serai, di ketuk 5 tangkai daun kesum 2 bunga kantan, belah 2 Garam secukup rasa Pes - Kisar Halus 6 tangkai cili kering, rendam dan kisar halus 1 in lengkuas 1 batang serai, ambil bahagian putih 1/2 in kunyit 6 ulas bawang merah 1 in belacan Bahan-bahan Sampingan 6 tangkai daun pudina 1/2 biji nanas,  dihiris 2 biji cili merah,  dihiris 1 biji timun, dihiris 1 labu bawang besar, hiris halus 1 bunga kantan, hiris halus 4-5 biji limau kasturi, belah 2 2,3 sudu besar petis udang Penyediaan : Didihkan air dan rebus ikan sehingga masak.  Asingkan ikan dan siat-siatkan isinya. Tulang ikan di kisar bersama air rebusan tadi hingga hancur, kemudian tapis ke dalam periuk. Masukkan pes kisar halus, daun kesum, jus asam jawa, asam keping, serai dan bunga kantan. Masak hingga mendidih selama 30 minit.

Rojak Mee Kelantan

Gambar
Rojak Mee Kelantan Kuah Rojak 5 biji keledek oren 3 keping kecil gula Thai atau gula melaka 2 sudu kecil garam 8 tangkai cili kering, rendam dan kisar 1 mangkuk air asam jawa Penyediaan : Keledek di rebus hingga empuk, buang kulit dan kisar dengan 1 1/2 cawan air hingga halus. Cili kisar, air asam jawa dan gula melaka di masak hingga mendidih. Bila gula larut, masukkan keledek kisar, jika pekat tambahkan sedikit air, masukkan garam dan reneh hingga kuah hampir pekat.  Kuah tidak terlalu cair atau pekat dan rasanya pedas manis. Bahan-bahan 1 kg mee kuning, cuci dan celur sebentar, toskan 2 keping tauhu - goreng, potong dadu 4 biji telur rebus - di belah 4 2 biji ubi kentang rebus, potong dadu Taugeh, celur sebentar Timun hiris halus Daun salad - hiris halus Cucur Udang - potong kecil** Cucur Udang Keras** 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar tepung beras 1 sudu kecil garam 1/2 cawan isi udang cincang sedikit serbuk kunyit 1 ikat daun kucai atau daun bawang - potong 3/4 cawan air Gaulkan k

Sagat Ubikayu

Gambar
Sagat Ubikayu Bahan-bahan 500 gm ubikayu, kupas dan cuci bersih 150gm gula melaka (3 keping), racik halus 1 sudu teh garam 4 helai daun pandan - potong pendek 1/2 biji kelapa + sedikit garam, kukus sebentar Penyediaan : Ubikayu di sagat kasar, perah sedikit airnya, kemudian gaul dengan garam hingga rata. Bahagikan kepada 2 bahagian ubikayu dan 2 bahagian gula melaka. Panaskan pengukus, atur potongan daun pandan di dalam pengukus. Tabur 1 bahagian parutan ubikayu hingga rata di atasnya di ikuti 1 bahagian hirisan gula melaka. di tabur rata. Kemudian tabur atasnya baki ubikayu dan gula melaka, letak potongan daun pandan dan kukus selama 25-30 minit hingga masak. Angkat dari pengukus dan aduk dengan garfu hingga bergaul rata. Hidang dengan taburan parutan kelapa di atasnya. Sagat Ubikayu

Nasi Ayam Hainan / Hainan Chicken Rice

Gambar
Nasi Ayam Hainan Bahan-bahan 1 ekor ayam jangan buang kulit, cuci bersih 1 periuk air (anggaran 6 liter) hingga tenggelam ayam 1 sudu besar stock ayam 1 ikat daun bawang - simpul 2 inci halia - ketuk 1 ikat daun ketumbar dengan akarnya garam secukup rasa Untuk perapan :  Minyak Bijan dan Kicap Cair Penyediaan : Masak air hingga mendidih bersama bahan di atas.  Kemudian masukkan ayam . Masak anggaran 30 min dengan api sederhana.  Angkat ayam. Rendam dalam air berisi ais selama 15 min. Angkat, dan toskan. Kemudian sapu ayam dengan minyak bijan dan kicap soya cair. Air Rebusan Ayam di bahagi dua, satu bahagian di masuk ke dalam nasi dan satu bahagian di jadikan sup ayam.  Keluarkan bahan-bahan dalam air rebusan tadi. Nasi Ayam 3 cawan beras, cuci dan toskan 5 cawan air rebusan ayam tadi 1 inci halia - ketuk 3 ulas bawang putih - ketuk 4 ulas bawang merah kecil - ketuk 4 helai daun pandan sedikit lemak ayam - optional 1 sudu besar marjerin 2 sudu besar minyak masak Penyediaan : Panaskan mi