Sandwich Telur Mata / Poached Egg Sandwich

Sandwich Telur Mata / Poached Egg Sandwich Bahan-bahan Roti Sandwich Telur segar Timun - hiris Tomato - hiris Salad - hiris Sedikit garam dan serbuk lada putih Cara Memasak Telur Mata Masukkan air ke dalam periuk non-stick yang rendah, sedikit garam dan cuka. Biarkan mendidih. Pecahkan dahulu telur ke dalam cawan, kemudian tuang perlahan-lahan ke dalam air mendidih. Perlahankan api, tutup periuk dengan penutup dan biarkan telur terendam selama 4 minit. Selepas itu angkat telur dengan senduk berlubang dan toskan di atas tisu dapur. Penyediaan Sandwich Bakar kepingan roti sebentar. Letak hirisan timun, tomato dan salad Letak telur mata dan tabur sedikit garam dan serbuk lada sulah. Boleh juga di renjis dengan kicap cair sebagai perasa. Sandwich Telur Mata / Poached Egg Sandwich