Telur Puyuh Masak Pelembang


Telur Puyuh Masak Pelembang
Sumber :  Telur Masak Pelembang @ Yatiememories

Bahan-Bahan:
40 biji telur puyuh
2 batang serai - dititik
1 cawan santan pekat
1 sudu besar kerisek
1 cawan kicap lemak manis
minyak utk menumis

Bahan kisar
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
1 cawan cili kisar

Bahan Tumis
3 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara-cara :
1. Rebus telur dengan air dan sedikit garam.  Bila dah masak, buang air panasnya, masukkan air paip dan sejukkan. Kopek telur dan kelar2kan sikit putihnya.
2.  Sementara itu, panaskan minyak secukupnya dan tumiskan bahan tumis sehingga naik bau.
3.  Masukkan bahan kisar bersama serai yg dititik sehingga pecah minyak. Masukkan telur rebus dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana.
4.  Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga telur mesra.
5.  Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat. Masukkan kerisek dan gaul rata.
6.  Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, tutupkan api, angkat danhidangkan.
Telur Puyuh Masak Pelembang

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Nasi Tomato

Biskut Tart Nenas Bunga - step by step

Sagun Nestum