Postingan

Nasi lemak Kombo Yeo's

Gambar
Berkat Dirasa Bersama – Yeo’s Ramadan Ramadan adalah bulan yang dipenuhi rahmat dan berkat dariNya. Berkat boleh didapati atau ditafsirkan maknanya dalam pelbagai perbuatan dan pemahaman. Berkat juga boleh didapati di dalam setiap hubungan yang baik seperti keluarga, rakan-rakan, atau dalam setiap rasa syukur yang dipanjatkan di atas rezeki makan dan minum, juga sebagai tangan yang menghulurkan kepada mereka yang memerlukan. Berkat, dari sebesar-besar makna atau sekecil-kecil perbuatan adalah lahir dari rasa syukur kepada yang Esa. Salam Ramadan, harini Kak Wan ada menu menarik untuk berbuka, bagi ibu-ibu yang bekerja atau pelajar-pelajar yang berjauhan dari keluarga, menyediakan nasi lemak dengan sambal ikan bilis Yeo's adalah pilihan yang cepat, menjimatkan masa dan berkhasiat.  Bukan sambal ikan bilis saja, Yeo's mempunyai banyak pilihan makanan dalam tin seperti sambal udang, sambal kari ayam dan kambing pun ada.  Semuanya mudah di sediakan, samada di makan dengan nasi ata...

Tart Nenas Daun

Gambar
Tart Nenas Daun Bahan-bahan 250 gm mentega 50 gm gula aising 2 sudu besar minyak sapi QBB 350 gm tepung gandum Pewarna Hijau Jem nenas siap guna, gentel Penyepit Penyediaan : Pukul mentega, minyak sapi dan gula asing dengan senduk kayu hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Masukkan pewarna dan gaul sebati.  Rehatkan adunan selama 15 minit. Ambil doh (10gm), isikan jem nenas dan bentukkan menjadi bentuk daun. Sepit untuk membuat corak daun. Bakar pada suhu 150C selama 15 - 20 minit atau hingga masak. Tart Nenas Daun

Biskut Buah Berempah

Gambar
Biskut Buah Berempah Bahan-bahan 100 gm mentega 90 gm marjerin 250 gm tepung gandum 100 gm tepung jagung 120 gm gula pasir 2 biji telur 1/2 sudu teh esen vanila 1 sudu teh rempah kek lapis (Koepoe) 100 gm buahan kering campur (rendam sebentar, tos) Kuning telur untuk sapuan Penyediaan : Pukuk mentega, marjerin dan gula hingga berkrim.  Masukkan telur dan putar sebati. Masukkan esen vanila dan buahan kering. Masukkan tepung dan uli sebati, Ambil sedikit adunan, bulatkan dan susun di atas dulang pembakar. Tekan sedikit dengan garfu dan sapu dengan kuning telur. Bakar pada suhu 160C selama 20-25 minit. Biskut Buah Berempah

Kuih Tako Labu Marble

Gambar
Kuih Tako Labu Marble Bahan A - Adunan Labu 300 gm isi labu kukus, lecek 100 gm tepung hunkwee 250 gm gula pasir 900 ml air 1/2 sudu teh garam Bahan B - Adunan Santan 350 ml santan pekat 300 ml air (kisar dengan 5 helai pandan), tapis 50 gm tepung hunkwee 100 gm gula pasir 1 helai daun pandan 1/2 sudu teh garam Loyang 8in, alas dengan plastik tahan haba Penyediaan : Satukan bahan A ke dalam pengisar, kisar hingga sebati.  Masukkan ke dalam periuk ketepikan. Satukan bahan B dan kisar sebati.  Masukkan ke dalam periuk berasingan. Masak kedua-dua adunan serentak di dalam periuk berasingan. Masak dengan api kecil sehingga kedua2 adunan sederhana pekat dan berkilat. Tuang adunan A berselang seli dengan adunan B hingga habis. Guna chopstik untuk membuat corak marble. Kuih Tako Labu Marble

Sambal Hitam Pahang Ikan Masin Enaq

Gambar
Sambal Hitam Pahang Ikan Masin Enaq Bahan-bahan 100 gm ikan masin 3 sudu besar sambal pahang Enaq 1/2 labu bawang besar 1/2 biji tomato, hiris nipis 4 biji cili padi - potong kecil 1 sudu kecil gula 1 sudu besar perahan jus limau nipis Penyediaan : Cuci dan goreng ikan masin cincang hingga garing.  Toskan. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang dan cili hingga naik bau. Masukkan sambal pahang dan sedikit air. Kacau rata, masukkan hirisan tomato, sedikit gula dan perahan jus limau. Rasa masam, manis dan pedas. Sambal Hitam Pahang Ikan Masin Enaq

Ayam Panggang Yogurt Peri-Peri Ala Nandos

Gambar
Ayam Panggang Yogurt Peri-Peri Ala Nandos Bahan-bahan 1kg ayam sederhana, cuci bersih 2 sudu kecil garam 1 sudu besar gula 1/2 cawan yogurt 3 sudu besar sos peri-peri Bahan Kisar 1/3 cawan minyak zaitun 2 tangkai cili merah 3 ulas bawang putih 1 sudu besar lada hitam 2 sudu kecil serbuk paprika / serbuk cili 1 ikat daun ketumbar, potong Daun Parsley / Oregano untuk taburan Penyediaan : Cucuk ayam dengan pisau di beberapa tempat supaya bahan perapan meresap. Masukkan bahan kisar ke dalam pengisar dan kisar bersama minyak hingga halus. Gaul bersama ayam, yogurt, garam, gula dan sos peri-peri. Perap di dalam peti sejuk semalaman. Tabur dengan daun parsley dan Panggang pada suhu 200C selama 45-50 minit. Hidang bersama salad, kentang goreng, jagung bakar Ayam Panggang Yogurt Peri-Peri Ala Nandos

Kuih Ros / Kembang Goyang / Kuih Lotus

Gambar
Kuih Ros / Kembang Goyang / Kuih Lotus Bahan-bahan 2 cawan tepung beras 1 cawan gula 2 biji telur A 1/2 cawan santan kotak 1/2 cawan air Minyak untuk menggoreng Acuan Kuih Ros Acuan kecil bulat atau melengkung untuk membentuk kuih Penyediaan : Satukan semua bahan ke dalam mangkuk, whisk hingga rata dan tidak berketul.  Tapis. Panaskan minyak, rendam acuan sehingga panas.   Adunan tidak akan melekat jika acuan tidak betul-betul panas. Angkat acuan, goncang sedikit supaya minyak tidak meleleh di acuan. Kemudian celup ke dalam adunan tetapi jangan sampai ke permukaan atas acuan kerana kuih akan melekat. Goncang ringan untuk mengeluarkan adunan berlebihan. Rendam seketika di dalam minyak, kemudian goncang ringan supaya kuih terlepas keluar. Kecilkan sedikit api jika terlalu panas.  Goreng beberapa saat. Apabila hampir perang, angkat menggunakan penyepit dan alihkan ke atas acuan melengkung supaya kuih membentuk bunga melengkung.  K1 menggunakan acuan cakepop sebagai dasa...