Postingan

Sandwich Telur Mata / Poached Egg Sandwich

Gambar
Sandwich Telur Mata / Poached Egg Sandwich Bahan-bahan Roti Sandwich Telur segar Timun - hiris Tomato - hiris Salad - hiris Sedikit garam dan serbuk lada putih Cara Memasak Telur Mata Masukkan air ke dalam periuk non-stick yang rendah, sedikit garam dan cuka.  Biarkan mendidih. Pecahkan dahulu telur ke dalam cawan, kemudian tuang perlahan-lahan ke dalam air mendidih. Perlahankan api, tutup periuk dengan penutup dan biarkan telur terendam selama 4 minit. Selepas itu angkat telur dengan senduk berlubang dan toskan di atas tisu dapur. Penyediaan Sandwich Bakar kepingan roti sebentar. Letak hirisan timun, tomato dan salad Letak telur mata dan tabur sedikit garam dan serbuk lada sulah. Boleh juga di renjis dengan kicap cair sebagai perasa. Sandwich Telur Mata / Poached Egg Sandwich

Ayam Tandoori / Tandoori Chicken

Gambar
Ayam Tandoori / Tandoori Chicken Bahan Perap 4 keping paha ayam tanpa kulit, kelar 1 sudu besar serbuk cili 1 sudu kecil garam 1 sudu besar jus lemon Gaul dan perap selama 1 jam di dalam peti sejuk Bahan Rempah 6 sudu besar yogurt pekat 2 sudu kecil garam 1 sudu besar pes halia dan bawang putih Jus limau nipis 1/2 sudu besar serbuk lada hitam 1/2 sudu besar serbuk cili 1/2 sudu besar garam masala 1 sudu besar serbuk jintan manis 1 sudu besar serbuk ketumbar 1/2 sudu kecil serbuk kunyit Sedikit pewarna merah 1 sudu besar daun fenugreek kering / parsley kering 2 sudu besar minyak sayur Satukan semua bahan kecuali minyak, gaul sebati. Cara-cara : Cuci ayam, buang kulit dan kelar beberapa bahagian supaya rempah menyerap dengan rata. Gaul rata bersama bahan-bahan perap dan biarkan selama satu jam di dalam peti sejuk. Satukan semua bahan rempah, kemudian gaul bersama perapan ayam tadi. Letak minyak sayur dan gaul hingga sebati. Letak di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 200C selama 20...

Kari Kepala Ikan Merah

Gambar
Kari Kepala Ikan Merah Bahan A 1kg kepala merah Bahan Kisar 2 labu bawang besar (merah) 5 ulas bawang putih 4cm halia 30gm cili kering (rendam dlm air panas) atau 1 sudu besar cili boh minyak untuk menumis Bahan Rempah (di gaul bersama) 2 sudu kecil serbuk ketumbar 1 sudu kecil serbuk jintan putih 35gm (1 1/2 bungkus kecil) serbuk kari ikan 100ml air asam jawa   Bahan D 1 liter santan 10 biji bendi 4 biji terung bulat di belah 2 biji tomato di belah 2 tangkai daun kari garam dan gula secukup rasa Cara-cara : Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan daun kari dan bahan rempah yang telah di gaul dengan sedikit air asam jawa.  Masak hingga terbit minyak. Masukkan santan, kacau hingga sebati, perasakan dengan gula dan garam. Biarkan mendidih sekejap, masukkan terung dan bendi biarkan sayur separuh masak.  Masukkan pula kepala ikan dan buah tomato.  Kecilkan api dan biarkan merenih hingga pecah minyak. Kari Kepala Ikan Merah

Asam Pedas Ikan Pari

Gambar
Asam Pedas Ikan Pari Sumber :   CMG @ Dapur Tanpa Sempadan Bahan-bahan 600 gram ikan pari 12 batang bendi muda 1 biji tomato, belah 6 1 genggam daun kesom 1 kiub ikan bilis (optional) 1 senduk nasi penuh cili kisar 1/2 camca teh pes asam jawa 1/2 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus Garam dan gula secukup rasa Bahan Kisar Halus 6 biji bawang merah kecil 2 ulas bawang putih 1/2 inci halia 1/2 inci kunyit hidup 1/2 inci belacan, dibakar 3 biji cili merah, buang biji Cara-cara : Ikan pari dipotong ikut suka, cuci dan perap dengan jus limau nipis selama 10 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Bendi dicuci dan kerat sedikit pangkalnya. Ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 4 camca besar). Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 600ml), biar mendidih. Masukkan ikan pari, bendi dan daun kesom, ...

Bawal Masak Sambal Kicap

Gambar
Bawal Masak Sambal Kicap Bahan-bahan 1 ekor ikan bawal sederhana saiz 4 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1 labu kecil bawang besar - potong bulat 2 tangkai cili merah - hiris menyerong 1 tangkai daun ketumbar - hiris kasar 3 biji limau kasturi - perah jus 2 sudu besar kicap manis 2 sudu besar kicap masin 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos tomato 1/2 cawan air Minyak untuk menumis Cara-cara Bersihkan ikan dan kelar.  Lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga masak, angkat dan toskan. Tumbuk bawang merah dan putih.  Panaskan sedikit minyak, tumis hingga naik bau. Masukkan hirisan bawang besar, cili dan daun ketumbar.  Tumis hingga bawang layu. Masukkan kicap manis, kicap masin, sos tiram, sos tomato, sedikit air dan perahan jus limau kasturi. Masak hingga mendidih.  Masukkan ikan, biarkan seketika. Angkat, letakkan ikan ke dalam pinggan dan tuang sambal kicap diatasnya. Tabur sedikit hirisan daun ketumbar sebagai hiasan. Bawal Masak Sambal K...

Sambal Air Asam Budu

Gambar
Sambal Air Asam Budu Bahan 20 biji cili padi merah siam 2 biji bawang merah 1 inci belacan Gula secukup rasa 1/3 cawan jus asam jawa 4 - 5 biji limau kasturi, ambil jusnya 1/2 cawan Budu Hirisan bawang besar, untuk hiasan Cara: Tumbuk cili padi, bawang merah, belacan hingga hancur dan lumat. Tuang budu, jus asam jawa dan jus limau kasturi. Tambah gula sebagai pengimbang rasa. Sambal Air Asam Budu

Sambal Tumis Petai Ikan Bilis

Gambar
Sambal Tumis Petai Ikan Bilis Bahan-bahan  50 gm ikan bilis yang disiang 4 papan petai - ambil isinya 3 ulas bawang merah di kisar 5 sudu besar cili kisar 1 sudu kecil serbuk ikan bilis 1 sudu besar air asam jawa sedikit air 1 labu bawang besar di hiris garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menggoreng Cara-cara : Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing.  Tos dan ketepikan. Menggunakan minyak yang sama, masukkan cili dan bawang kisar.  Tumis dengan api perlahan hingga pecah minyak. Masukkan bawang besar yang di hiris, ikan bilis dan petai.  goreng sebentar.  Kemudian masukkan air asam jawa, sedikit air dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk ikan bilis. Biarkan mereneh dan kuah menjadi pekat.  Angkat dan hidangkan dengan nasi. Sambal Tumis Petai Ikan Bilis