Postingan

Aiscream Yogurt Fruity Tutty

Gambar
Aiscream Yogurt Fruity Tutty Sumber :  Azlina Ina Bahan-bahan 1 cawan non dairy whipping cream (sejuk) 2 cawan Yogurt plain (sejuk) 1 sudu besar ovalette 1/2 cawan susu cair 1/2 cawan susu pekat manis 1 sudu kecil jus lemon Filing Strawberry, kiwi, blueberry, manga Buahan-buahan segar Strawberry, kiwi, blueberry, manga Bekas atau gelas tinggi Cara-cara : Putar whipping cream, ovalatte, susu pekat dan susu cair dengan kelajuan tinggi hingga pekat. Masukkan yogurt dan jus lemon, putar hingga kembang dan gebu. Masukkan aiscream ke dalam gelas berselang seli dengan filing hingga hampir penuh. Sejukkan di dalam freezer (sejuk beku)  selama 4 jam atau lebih. Hias dengan hirisan buah-buahan segar. Aiscream Yogurt Fruity Tutty

Keria Gula Melaka

Gambar
Keria Gula Melaka Bahan-bahan 500gm keledek putih 1 cawan tepung gandum 1/4 sudu teh garam halus Sira Gula Melaka 100gm gula melaka - hancurkan 1 sudu besar gula pasir 20gm gula batu - hancurkan 1/2 cawan air Cara-cara : Rebus keledek hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas. Bila sejuk, masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh yang tidak melekat ditangan. Timbang doh seberat 40gm dan bentukkan bulat seperti donat. Buat lubang ditengahnya. Goreng didalam minyak terendam diatas api sederhana panas. Untuk salutan gula, masak air, gula melaka, gula  dan gula batu hingga hancur dan likat. Masukkan kuih tadi dan gaul rata perlahan2 hingga kuih bersalut rata. Tutup api dan kacau sehingga gula mengering dan menyaluti kuih. Keria Gula Melaka

Pau Kelapa

Gambar
Pau Kelapa Inti Kelapa 200gm kelapa parut muda 1/4 sudu teh garam 80gm gula pasir 150ml air + 2 sudu kecil sirap rose 3 helai daun pandan - potong kecil 1 sudu teh tepung pulut sedikit pewarna hijau Cara-Cara : Masukkan kelapa parut, garam, gula dan air sirap ros ke dalam kuali.   Masak hingga air hampir kering. Tabur dengan tepung pulut, gaul rata.  Angkat dan sejukkan. Doh Pau 250gm Tepung Superfine MFM atau Tepung Pau 1 sudu kecil yis 3/4 sudu teh baking powder 50gm gula kaster 1/2 sudu kecil garam 1/2 sudu kecil pelembut roti (bread softner) 120ml air suam 20gm shortening Cara-cara : Satukan semua bahan kecuali air di dalam mixer. Gaul rata dan masukkan air sedikit-sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Tutup dengan kain dan rehatkan selama 15minit. Timbang adunan 35-40gm setiap satu sebanyak 11 biji.  Masukkan inti dan tutup, bulatkan kembali doh dan letak di atas kertas pelapik. Susun di dalam pengukus dan rehatkan selama 20 minit la...

Bingka Ambon Medan

Gambar
Bingka Ambon Medan Adunan Yis 50 ml air suam 2 sudu besar gula pasir 1 sudu besar ragi instant 2 sudu besar tepung gandum Satukan adunan yis di dalam bekas, aduk rata.   Tutup dengan plastik wrap dan rehatkan selama 10-15 minit hingga berbuih.  Ketepikan. Bahan-bahan 3 helai daun pandan 1 batang serai - di ketuk 10 kuning telur ayam 500 ml santan kelapa pekat 5 helai daun limau purut - carikkan 1/2 sudu teh garam 125 gm tepung ubikayu / tepung sagu 250 gm gula pasir Penyediaan : Masak santan, daun limau purut, daun pandan, serai dan garam hingga mendidih dan pekat. Tapis dan ketepikan. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang dan pekat.  Kemudian masukkan tepung ubikayu, santan dan adunan yis. Kaup balik dengan spatula perlahan-lahan hingga sebati.  Tutup bekas dengan plastik dan biarkan selama 2 - 3 jam hingga mengembang. Leser loyang dengan minyak dan panaskan di atas dapur hingga minyak panas. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar di rak bawah (api bawah sahaja...

Spaghetti Aglio Olio

Gambar
Spaghetti Aglio Olio Bahan-bahan 300gm spaghetti, rebus hingga lembut, toskan 5 ulas bawang putih - cincang halus 1 sudu kecil serbuk cili 1 cawan daun bayam (baby spinach) 1/4 cawan daun parsley - hiris 2 sudu besar minyak zaitun Sedikit garam 100gm isi udang 1/2 biji lemon Penyediaan : Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan udang dan kacau hingga udang berubah kemerahan. Masukkan garam, perahan jus lemon, serbuk cili.  Kacau rata. Masukkan daun parsley dan baby spinach. Kacau sebentar dan masukkan spaghetti yang telah di rebus dan sedikit air. Kacau rata dan sedia di hidangkan. Spaghetti Aglio Olio

Kaswi Labu

Gambar
Kaswi Labu  Resipi :  Kak Fida@Myresipi Olahan : K1 Bahan-bahan 300gm labu 200gm gula pasir 250ml santan kotak 150gm tepung ubi 150gm tepung gandum 25g tepung jagung 350ml air 1 sudu teh garam 2 helai daun pandan Kelapa parut putih + sedikit garam (kukus sebentar selama 5 minit) Loyang 9 x 9 di alas plastik tahan panas atau acuan lompang di gris minyak Penyediaan : Potong labu, buang kulit dan kukus hingga lembut. Masak santan, gula, garam dan daun pandan hingga gula larut.  Keluarkan daun pandan. Masukkan isi labu ke dalam pengisar, air dan santan tadi.  Kisar hingga halus. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kisar hingga sebati dan halus. Tuang ke dalam loyang. Panaskan pengukus dan kukus selama 30 minit hingga masak. Sejukkan dahulu sebelum di potong dan di gaul dengan kelapa parut. Kaswi Labu

Shakshuka

Gambar
Shakshuka Bahan-bahan 4 biji tomato - potong dadu 1 biji bawang besar - potong dadu 100gm daging cincang - optional 1 biji capsicum merah - potong dadu 4 ulas bawang putih - cincang halus 1 tin tomato paste (Preggo) 1 sudu besar serbuk cili 1 sudu besar serbuk jintan putih 1 sudu besar mixed herbs (oregano, thyme, rosemary, parsley) Gula dan garam secukup rasa 1 tangkai parsley untuk taburan 4 biji telur ayam Minyak zaitun untuk menumis Penyediaan : Panaskan minyak di dalam kuali non stick, tumis bawang besar, bawang putih hingga naik bau. Masukkan daging cincang, masak hingga daging berubah warna. Masukkan capsicum, tomato, dan sedikit air.  Masak hingga mendidih dan tomato hancur. Masukkan serbuk cili, jintan putih dan mixed herbs. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.  Gaul rata. Reneh dengan api perlahan sehingga sos hampir pekat.  Buat 4 lubang menggunakan sudu, kemudian pecahkan telur ke dalamnya. Kemudian tutup kuali, biarkan seketika hingga telur separuh mas...