Postingan

Menampilkan postingan dari Januari, 2017

Strawberry Cheesecake

Gambar
Strawberry Cheesecake Dasar Biskut 150gm biskut digestive / Oreo - dihancurkan 70gm mentega cair Gaul serbuk biskut dan mentega cair hingga rata, kemudian ratakan dan tekan padat ke dasar loyang. Simpan selama 20 minit di dalam peti sejuk. Puri Strawberry  200gm strawberry - potong 50gm gula pasir Sedikit air Satukan semua ke dalam periuk dan masak hingga strawberry lembut.  Biarkan sejuk, kisar tetapi tidak terlalu halus. Adunan Keju 250gm cream cheese - suhu bilik 60gm gula kaster 150ml UHT whipping cream 1 1/2 sudu besar gelatin halal 50ml air Loyang 7" Loose Base Tin Cara-cara :  Pukul whipping cream hingga pekat.  Ketepikan.  Masukkan air ke dalam mangkuk, tabur gelatin dan biar sehingga gelatin kembang.  Cairkan di dalam microwave beberapa saat atau secara double boil.  Ketepikan. Pukul cream cheese dan gula hingga rata dan tidak berketul.  Masukkan puri strawberry, putar hingga bergaul rata. Masukkan gelatin cair dan akhir sekali masukkan whipping cream, kaup balik hingga s

Kek Puding Caramel Chocolate Cheese

Gambar
Kek Puding Caramel Chocolate Cheese Karamel 5 sudu besar gula pasir, jadikan karamel, tuang ke dalam loyang, ketepikan. Bahan Kek Chocolate 250gm chocolate sponge mix 4 biji telur A 60ml air 60ml minyak sayur 1 sudu besar coklat emulco Loyang :  Bundt Pan 10in, oles sedikit minyak Penyediaan : Satukan sponge mix, telur dan air, whisk hingga rata.  Putar dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu, perlahankan mixer, masukkan coklat emulco.  Putar hingga bergaul rata. Akhir sekali masukkan minyak sayur dan putar sebati. Tuang dan ratakan ke dalam loyang berisi karamel.  Ketepikan. Nota :  Kek boleh menggunakan sebarang resipi dari kek sponge. Bahan Puding Cheese 250gm cream cheese, lembutkan dahulu 1 tin susu pekat manis 1 tin susu sejat 5 biji telur A 1 sudu teh esen vanila Penyediaan : Dalam mangkuk, putar cream cheese hingga licin.  Masukkan susu pekat manis, putar sebati. Masukkan telur satu demi satu dan putar hingga rata. Masukkan esen vanila dan akhir sekali susu sejat.  Puta

Nasi Goreng Cina

Gambar
Nasi Goreng Cina Bahan-Bahan 2 mangkuk nasi sejuk 4 sudu besar minyak masak 1 biji telur - kocok ringan 4 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah, tumbuk 10 ekor isi udang 1/2 keping isi dada ayam - cincang 4 sudu besar sayur campur beku 2 kelopak sayur bok choy atau kobis - potong (jika suka) 1/2 kiub pati ayam - haluskan 1/2 sudu kecil minyak bijan 1/2 sudu kecil serbuk lada putih Cara Memasak Panaskan minyak, masukkan bawang tumbuk. Tumis hingga naik bau. Masukkan isi ayam, goreng hingga berubah warna.  Masukkan pula udang, goreng hingga udang kemerahan. Selepas itu, masukkan telur, biar sebentar hingga telur hampir masak kemudian gaul sekata bersama bahan-bahan tadi. Kemudian masukkan nasi dan gaul hingga sekata. Akhir sekali masukkan sayur campur beku, bok choy dan perasakan dengan serbuk pati ayam, serbuk lada sulah, minyak bijan dan secubit garam, gaul dan goreng hingga rata. Hidang ketika masih panas. Nasi Goreng Cina

Teh C Peng / 3 Layer Tea

Gambar
Teh C Peng / 3 Layer Tea Bahan-bahan Sirap Gula Melaka Ketulan Ais Susu Sejat Secubit Garam Teh pekat Gelas Tinggi Penyediaan : Letak sirap gula melaka di dasar gelas Penuhkan gelas dengan ais Tuang susu sejat yang di campur sedikit garam Akhir sekali tuang teh pekat. Ikut turutan untuk mendapatkan 3 lapisan teh. Teh C Peng / 3 Layer Tea

Kerabu Maggi Thai

Gambar
Kerabu Maggi Thai Bahan-bahan 3 paket Maggi Thai 6 ekor sotong - potong bulat 20 ekor udang 5 crab stick - jika suka (celur sebentar saja) Bahan Hiris 5 biji cili padi 3 helai daun kobis 3 biji buah tomato 2 pokok daun ketumbar Bahan Perasa 8 biji limau kasturi - ambil jus 1 paket perencah maggi Kicap sotong secukupnya Sedikit garam dan gula Cara-cara Didihkan air secukupnya ke dalam periuk. Masukkan sotong dan udang, celur sebentar dan toskan. Kemudian masukkan maggi ke dalam air rebusan tadi,  Celur hingga maggi lembut. Angkat dan toskan.  Masukkan ke dalam mangkuk. Gaul bersama bahan celur, bahan hiris, perencah maggi dan perasakan dengan jus limau, kicap sotong, gula dan garam secukupnya.  Gaul sebati. Kerabu mesti ada rasa masam manis, masin dan pedas.  Perencah maggi agak pedas memadai menggunakan 1 paket perencah saja. Kerabu Maggi Thai

Teh Laici O Ais / Lychee Tea

Gambar
Teh Laici O Ais / Lychee Tea Bahan 1 tin Laici 1 uncang teh 1 cawan air panas Ais secukupnya Masukkan uncang teh ke dalam air panas.  Biarkan sehingga sejuk. Masukkan satu tin laici ke dalam jug, tambah ketulan ais secukupnya. Akhir sekali tuang teh. Kacau dan sedia di minum. Teh Laici O Ais / Lychee Tea

Kiwi Lychee Punch Soda

Gambar
Kiwi Lychee Punch Soda Bahan 2 biji Kiwi - potong 1 tin Lychee - asingkan buahnya 1 botol Air Soda manis Ais secukupnya Cara : Masukkan ais ke dalam gelas atau jug, buah kiwi dan lychee. Tuang sirap lychee dan air soda, kacau dan sedia di minum. Kiwi Lychee Punch Soda