Postingan

Menampilkan postingan dari November, 2016

Keria Gula Melaka

Gambar
Keria Gula Melaka Bahan-bahan 500gm keledek putih 1 cawan tepung gandum 1/4 sudu teh garam halus Sira Gula Melaka 100gm gula melaka - hancurkan 1 sudu besar gula pasir 20gm gula batu - hancurkan 1/2 cawan air Cara-cara : Rebus keledek hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas. Bila sejuk, masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh yang tidak melekat ditangan. Timbang doh seberat 40gm dan bentukkan bulat seperti donat. Buat lubang ditengahnya. Goreng didalam minyak terendam diatas api sederhana panas. Untuk salutan gula, masak air, gula melaka, gula  dan gula batu hingga hancur dan likat. Masukkan kuih tadi dan gaul rata perlahan2 hingga kuih bersalut rata. Tutup api dan kacau sehingga gula mengering dan menyaluti kuih. Keria Gula Melaka

Pau Kelapa

Gambar
Pau Kelapa Inti Kelapa 200gm kelapa parut muda 1/4 sudu teh garam 80gm gula pasir 150ml air + 2 sudu kecil sirap rose 3 helai daun pandan - potong kecil 1 sudu teh tepung pulut sedikit pewarna hijau Cara-Cara : Masukkan kelapa parut, garam, gula dan air sirap ros ke dalam kuali.   Masak hingga air hampir kering. Tabur dengan tepung pulut, gaul rata.  Angkat dan sejukkan. Doh Pau 250gm Tepung Superfine MFM atau Tepung Pau 1 sudu kecil yis 3/4 sudu teh baking powder 50gm gula kaster 1/2 sudu kecil garam 1/2 sudu kecil pelembut roti (bread softner) 120ml air suam 20gm shortening Cara-cara : Satukan semua bahan kecuali air di dalam mixer. Gaul rata dan masukkan air sedikit-sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Tutup dengan kain dan rehatkan selama 15minit. Timbang adunan 35-40gm setiap satu sebanyak 11 biji.  Masukkan inti dan tutup, bulatkan kembali doh dan letak di atas kertas pelapik. Susun di dalam pengukus dan rehatkan selama 20 minit lagi sehingga mengemb

Bingka Ambon Medan

Gambar
Bingka Ambon Medan Adunan Yis 50 ml air suam 2 sudu besar gula pasir 1 sudu besar ragi instant 2 sudu besar tepung gandum Satukan adunan yis di dalam bekas, aduk rata.   Tutup dengan plastik wrap dan rehatkan selama 10-15 minit hingga berbuih.  Ketepikan. Bahan-bahan 3 helai daun pandan 1 batang serai - di ketuk 10 kuning telur ayam 500 ml santan kelapa pekat 5 helai daun limau purut - carikkan 1/2 sudu teh garam 125 gm tepung ubikayu / tepung sagu 250 gm gula pasir Penyediaan : Masak santan, daun limau purut, daun pandan, serai dan garam hingga mendidih dan pekat. Tapis dan ketepikan. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang dan pekat.  Kemudian masukkan tepung ubikayu, santan dan adunan yis. Kaup balik dengan spatula perlahan-lahan hingga sebati.  Tutup bekas dengan plastik dan biarkan selama 2 - 3 jam hingga mengembang. Leser loyang dengan minyak dan panaskan di atas dapur hingga minyak panas. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar di rak bawah (api bawah sahaja) pada suhu 180C se

Spaghetti Aglio Olio

Gambar
Spaghetti Aglio Olio Bahan-bahan 300gm spaghetti, rebus hingga lembut, toskan 5 ulas bawang putih - cincang halus 1 sudu kecil serbuk cili 1 cawan daun bayam (baby spinach) 1/4 cawan daun parsley - hiris 2 sudu besar minyak zaitun Sedikit garam 100gm isi udang 1/2 biji lemon Penyediaan : Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan udang dan kacau hingga udang berubah kemerahan. Masukkan garam, perahan jus lemon, serbuk cili.  Kacau rata. Masukkan daun parsley dan baby spinach. Kacau sebentar dan masukkan spaghetti yang telah di rebus dan sedikit air. Kacau rata dan sedia di hidangkan. Spaghetti Aglio Olio

Kaswi Labu

Gambar
Kaswi Labu  Resipi :  Kak Fida@Myresipi Olahan : K1 Bahan-bahan 300gm labu 200gm gula pasir 250ml santan kotak 150gm tepung ubi 150gm tepung gandum 25g tepung jagung 350ml air 1 sudu teh garam 2 helai daun pandan Kelapa parut putih + sedikit garam (kukus sebentar selama 5 minit) Loyang 9 x 9 di alas plastik tahan panas atau acuan lompang di gris minyak Penyediaan : Potong labu, buang kulit dan kukus hingga lembut. Masak santan, gula, garam dan daun pandan hingga gula larut.  Keluarkan daun pandan. Masukkan isi labu ke dalam pengisar, air dan santan tadi.  Kisar hingga halus. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kisar hingga sebati dan halus. Tuang ke dalam loyang. Panaskan pengukus dan kukus selama 30 minit hingga masak. Sejukkan dahulu sebelum di potong dan di gaul dengan kelapa parut. Kaswi Labu

Shakshuka

Gambar
Shakshuka Bahan-bahan 4 biji tomato - potong dadu 1 biji bawang besar - potong dadu 100gm daging cincang - optional 1 biji capsicum merah - potong dadu 4 ulas bawang putih - cincang halus 1 tin tomato paste (Preggo) 1 sudu besar serbuk cili 1 sudu besar serbuk jintan putih 1 sudu besar mixed herbs (oregano, thyme, rosemary, parsley) Gula dan garam secukup rasa 1 tangkai parsley untuk taburan 4 biji telur ayam Minyak zaitun untuk menumis Penyediaan : Panaskan minyak di dalam kuali non stick, tumis bawang besar, bawang putih hingga naik bau. Masukkan daging cincang, masak hingga daging berubah warna. Masukkan capsicum, tomato, dan sedikit air.  Masak hingga mendidih dan tomato hancur. Masukkan serbuk cili, jintan putih dan mixed herbs. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.  Gaul rata. Reneh dengan api perlahan sehingga sos hampir pekat.  Buat 4 lubang menggunakan sudu, kemudian pecahkan telur ke dalamnya. Kemudian tutup kuali, biarkan seketika hingga telur separuh masak. Tabur daun

Kuih Keria Keledek Ungu

Gambar
Kuih Keria Keledek Ungu Bahan-bahan 500gm keledek ungu 1 cawan tepung gandum 1/2 cawan gula pasir + 3 sudu besar air Cara-cara : Rebus keledek hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas. Ketepikan. Masukkan tepung dan uli hingga tidak melekat ditangan. Timbang doh seberat 40gm dan buat bentuk bulat seperti donat. Buat lubang ditengahnya. Goreng didalam minyak terendam diatas api sederhana panas. Untuk salutan gula, masak air dan gula hingga pekat, masukkan kuih tadi dan gaul rata. Kacau hingga gula nampak bertali, tutup api dan kacau sehingga gula mengering dan menyaluti kuih. Kuih Keria Keledek Ungu

Pau Labu / Pumpkin Pau

Gambar
Pau Labu / Pumpkin Pau Bahan Inti Labu 1 1/2 cawan isi labu + 4 sudu besar gula pasir Masak dan kacau hingga likat, sejukkan dahulu Doh Pau 250gm Tepung Superfine MFM atau Tepung Pau 1/3 cawan isi labu 1 sudu kecil yis 3/4 sudu teh baking powder 60gm gula kaster 1/2 sudu kecil garam 1/2 sudu kecil pelembut roti (bread softner) 90ml air suam 20gm shortening Penyediaan : Satukan semua bahan kecuali air di dalam mixer. Gaul rata dan masukkan air sedikit-sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Tutup dengan kain dan rehatkan selama 15minit. Timbang adunan 35-40gm setiap satu sebanyak 11 biji.  Masukkan inti dan tutup, bulatkan kembali doh dan letak di atas kertas pelapik. Susun di dalam pengukus dan rehatkan selama 20 minit lagi sehingga mengembang. Panaskan pengukus dan kukus selama 10 minit dengan api besar. Nota :  Kurangkan sukatan air jika isi labu jenis yang berair. Pau Labu / Pumpkin Pau

Pau Cendawan / Mushroom Pau

Gambar
Pau Cendawan / Mushroom Pau Bahan Inti Cendawan 1 keping dada ayam, potong dadu 1 tin cendawan butang, cincang 1 biji bawang besar - cincang 2 sudu besar mentega 1 sudu besar minyak 2 sudu besar tepung gandum 1 cawan air 1 sudu besar stok pekat ayam Secubit garam dan serbuk lada hitam Cara-cara : Panaskan mentega dan minyak.  Tumis bawang besar hingga layu.  Masukkan tepung dan kacau hingga rata. Masukkan ayam dan tumis  hingga ayam berubah warna. Masukkan cendawan, kacau rata. Masukkan air dan stok ayam.  Masak hingga mendidih. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Masak hingga inti agak kering.  Sejukkan dahulu sebelum di isi ke dalam pau. Doh Pau 250gm Tepung Superfine MFM atau Tepung Pau 1 sudu kecil yis 3/4 sudu teh baking powder 50gm gula kaster 1/2 sudu kecil gula kaster 1/2 sudu kecil pelembut roti (bread softner) 120ml air suam 20gm shortening Bancuhan Kulit Cendawan 1 sudu besar tepung beras 1 sudu besar serbuk koko 2 sudu besar air Satukan semua hingga larut,

Cucur Kangkung

Gambar
Cucur Kangkung Bahan-bahan 2 cawan gandum 1 sudu teh baking powder 100gm udang kertas kecil / bilis halus 100gm sayur kangkung di hiris halus 1 sudu teh garam halus 1 sudu teh serbuk kunyit 1/2 cawan air ** Cara-cara : Satukan semua bahan, tambah air sedikit demi sedikit jika likat tambah sedikit air lagi.  Gaul hingga sebati. Panaskan minyak, ambil 1 sudu kecil adunan dan goreng hingga keperangan Sos Cili 5 tangkai cili merah 3 ulas bawang putih 2 cm belacan - dibakar dahulu 3 sudu besar sos cili 100gm gula melaka di racik halus 200ml air asam jawa sedikit garam Cara  : Potong dan kisar cili merah, bawang putih dan belacan hingga halus.  Didihkan air asam jawa, masukkan bahan kisar, gula melaka, sos cili dan garam.  Masak hingga hampir pekat.  Hidang bersama cucur kangkung yang dipotong kecil. Cucur Kangkung

Bun Roti Labu Manis / Soft Pumpkin Bread Bun

Gambar
Bun Roti Labu Manis / Soft Pumpkin Bread Bun Bahan-bahan 250gm labu, buang kulit, kukus dan lenyek (sejukkan dahulu dalam peti sejuk) Kemudian bahagikan : 150gm isi labu untuk inti + 2 sudu besar gula kaster (microwave selama 30saat) 100gm isi labu untuk doh ** Tali cotton untuk mengikat - lumur dulu dengan tepung Adunan Doh 200gm tepung roti (MFM bread Flour) 20gm susu tepung 40gm gula halus 3gm garam 3gm yeast segera 80ml air suam 100gm isi labu ** 20gm mentega tawar Satukan ke dalam mangkuk tepung, susu tepung, gula, garam dan yis.  Gaul rata. Masukkan air dan isi labu.  Uli hingga menjadi doh yang lembut. Masukkan mentega, uli lagi hingga doh menjadi elastik. Masukkan ke dalam mangkuk dan tutup dengan plastik wrap.  Biarkan mengembang sekali ganda. Keluarkan doh, leperkan dengan tangan dan potong kepada 6 bahagian doh. Isi setiap doh dengan 1 sudu kecil inti labu di tengahnya.  Tutup dan bulatkan doh. Setelah selesai, tutup dengan kain dapur dan rehatkan selama 15 minit. Kemudian i

Sup Labu Berkrim / Pumpkin Creamy Soup

Gambar
Sup Labu Berkrim / Pumpkin Creamy Soup Bahan-bahan 300gm labu - kupas dan potong dadu besar 1/2 labu bawang besar - cincang 2 in batang saderi - cincang 2 sudu besar tepung gandum 2 sudu besar mentega 600ml air 100ml dairy whipping cream 1 sudu besar stok pekat ayam 1/4 serbuk lada putih 1/2 sudu kecil garam halus Daun parsley cincang Hidangan :  Roti Perancis di hiris dan di panggang sebentar Penyediaan : Rebus atau kukus labu hingga lembut.  Tos dan ketepikan dahulu. Panaskan mentega, tumis bawang besar hingga naik bau.  Masukkan tepung gandum dan kacau rata. Masukkan air, stok ayam dan isi labu.  Biar mendidih. Kemudian masukkan garam, serbuk lada putih, kacau rata. Akhir sekali masukkan whipping cream, biar mendidih seketika sambil di kacau. Tutup api dan biarkan suam sedikit baru di masukkan ke dalam pengisar dan kisar hingga halus. Tuang ke dalam mangkuk dan tabur dengan daun parsley. Enak di cicah bersama roti perancis yang di bakar rangup. Sup Labu Berkrim / Pumpkin Creamy Soup

Nasi Briyani Ayam / Chicken Biryani Rice

Gambar
Nasi Briyani Ayam / Chicken Biryani Rice Bahan Nasi 2 pot beras Basmati, cuci bersih, rendam 20 minit, toskan 1.5 liter air 1 sudu besar minyak sapi sedikit minyak masak 3 biji buah pelaga 3 biji cengkih 1 helai daun bay 1 kuntum bunga lawang 1 sudu kecil garam Panaskan minyak, tumis buah pelaga, cengkih, daun bay dan bunga lawang.  Masukkan air dan garam dan biar mendidih.  Kemudian masukkan beras dan masak sehingga 3 suku masak.  Angkat dan toskan. Bahan Perapan Ayam 1/2 ekor ayam, potong saiz sesuai 1/2 cawan yogurt atau 1/2 cawan susu sejat 4 ulas bawang putih, 2in halia (tumbuk halus) 1 sudu besar serbuk cili 1/2 sudu besar serbuk kunyit 1 packet kecil rempah briyani 2 biji tomato - potong dadu garam secukup rasa 1 kiub pati ayam 1/2 cawan bawang goreng Gaul semua bahan hingga rata.  Perap selama 20 minit. Bahan Tumis 1 sudu besar minyak sapi 1 sudu besar minyak masak 5 biji bunga cengkih 1 helai daun bay 3 biji buah pelaga 1/2 in kulit kayu manis 1 sudu kecil lada hitam 1 biji ub

Sandwich Vietnam / Banh Mi Vietnamese Sandwich

Gambar
Sandwich Vietnam / Banh Mi Vietnamese Sandwich Jeruk Carrot dan Daikon (lobak putih ) 1 batang Carrot, 1 batang Daikon di hiris halus memanjang.  Masukkan ke dalam mangkuk dan tabur dengan 1 sudu besar gula dan 1 sudu besar garam. Gaul rata dan biarkan selama 10 minit supaya carrot dan daikon lembut. Selepas itu cuci dan toskan. Masukkan semula ke dalam mangkuk, masukkan 1/2 cawan cuka, 4 sudu besar gula dan 1 sudu kecil garam.  Biarkan semalaman. Bahan-bahan Roti Perancis (French Baquette) Beef Salami (goreng dengan sedikit minyak) Mayonies Timun - hiris nipis Tomato - hiris nipis Daun ketumbar Cili hijau jeruk - jika suka pedas Jeruk carrot dan daikon Kicap perisa Maggie Cara-cara : Potong roti mengikut saiz yang sesuai, Kemudian belah melintang di tengahnya, jangan putus. Sapu kedua belah roti dengan mayonies dan ikut susunannya. Susun timun, kepingan beef salami, tomato, beef salami, jeruk carrot dan daikon, cili jeruk dan daun ketumbar. Akhir sekali renjis dengan kicap perisa Magg

Talam Kentang Berlauk

Gambar
Talam Kentang Berlauk Bahan A  100gm udang kering, rendam dan toskan, tumbuk kasar 1/2 batang saderi - cincang halus 1 tangkai cili merah - hiris halus Daun bawang dan daun sup - hiris halus Bawang goreng sedikit gula dan garam Sedikit minyak Goreng udang kering, saderi dan cili merah dengan sedikit minyak.  Perasakan dengan secubit garam dan gula.  Tutup api dan masukkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.  Gaul rata dan ketepikan. Lapisan Bawah 400gm ubi kentang, kukus 100ml santan - di masak hingga mendidih, sejukkan 30gm tepung gandum (3 sudu makan) 1/2 sudu kecil garam 1/4 sudu teh serbuk lada putih acuan lompang di sapu minyak / Loyang di alas plastik tahan haba Lapisan Atas 300ml santan (150ml air + 150ml santan kotak) 50gm tepung beras 50gm tepung ubi 1/2 sudu teh garam Satukan, whisk hingga rata dan tapis ke dalam jug kecil Penyediaan : Lecek ubi kentang ketika masih panas, masukkan garam, serbuk lada putih dan tepung.  Gaul dengan spatula hingga rata.  Kemudian masukkan

Cucur Labu

Gambar
Cucur Labu Bahan-bahan 1 cawan isi labu - di lecek 1 cawan tepung gandum 1/3 cawan gula pasir 1 sudu besar susu pekat manis 1/2 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil yis segera 1/4 sudu teh garam halus 1/4 cawan air suam Cara-cara Satukan tepung, yis, gula, baking powder dan garam dalam mangkuk, gaul rata. Masukkan isi labu, susu pekat dan air.  Uli dengan tangan menjadi doh yang kental hingga rata. Tutup dengan plastik dan rehatkan selama 15 minit. Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana hingga kekuningan. Toskan di atas tisu dapur. Cucur Labu